4 tarikan Ustaz Don Danial

Assalamualaikum w.b.t buat pembaca Khakihaku sekalian! Walaupun aku tidak pasti jika blog aku yang serba kekurangan ini masih dilawati dan dibaca isinya ataupun tidak, aku lebih gemar memupuk nilai optimis dalam diri ini. Semoga kita sentiasa dicucuri rahmat-Nya dari seharike sehari, insyaALLAH dan amin ya rabbal alamin.

Aku terdetik untuk menulis entri ini sebaik sahaja aku menonton rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don. Ya, penceramah agama yang namanya semakin kerap meniti bibir rakyat sejagat, lebih-lebih kaum yang lahirnya dari rusuk kiri para lelaki.

Pertama kali aku mengetahui kewujudan Ustaz Don Danial ialah semasa aku meneroka sebaris ‘link’ yang membawa aku ke laman sesawang di mana sebuah video Ustaz Don telah disunting menjadi pendek, maka penantian tamatnya ‘loading’ video tersebut tidak terlalu lama.

Tipulah jika aku tidak jatuh hati pada paras rupanya yang tidak melampau untuk aku katakan hampir-hampir sempurna atau hampir-hampir seperti lelaki idaman seluruh wanita di muka bumi ini.

Oleh kemungkinan kejahilan diri ini, perkataan pertama yang meluncur dari bibir bukanlahmasya-Allah, tetapi, “Handsome-nya!

Menyedari video yang aku sedang tonton kala itu berunsurkan agama, aku cepat-cepat menegur dan mendidik diri sendiri untuk mengungkapkan kalimah “Masya-Allah” setiap kali rasa teruja melihat ketampanan ustaz Don yang dikurniakan-Nya.

Aku berpendapat bahawa insan seperti Ustaz Don-lah yang diperlukan remaja-remaja generasi ini untuk menarik mereka mendengar ceramah-ceramah agama. Kita semua sedia maklum, para remaja sekarang lebih cenderung menonton forum dan temu ramah dan segala macam rancangan hasil produksi Barat berbanding yang dihasilkan kaum tempatan.

Dan tidak terkecualilah diri ini nan satu.

4 signifikasi yang menarik tentang Ustaz Don Danial

1) Raut wajah yang menawan
Ustaz Don bukan sahaja tampan, malah manis ‘banget’ hinggakan sebaris senyumannya mampu meluruhkan jantung ramai wanita. Terutama Khaleeqa. Jadi manis dan tampan aku rangkumkan dala satu adjektif iaitu ‘menawan’.

Antara laki dan perempuan, yang mudah terjebak dalam kancah maksiat atau sebagainya yang tidak berfaedah ialah perempuan. Jadi, kehadiran Ustaz Don, aku percaya, mampu menarik minat kami, kaum perempuan untuk mendengar ceramahnya dan secara langsung menimba ilmu pengetahuan yang berunsurkan hari akhirat.

2) Loghat Pulau Pinang
Dalam banyak-banyak loghat, loghat Pulau Pinang yang dirasakan paling lembut lenggok dan bunyinya. Aku suka mendengar kawan-kawanku berbicara dengan loghat Pulau Pinang. Oleh sebab tu perempuan ramai jatuh hati dengan mamak barangkali.

Hehe.

Dan loghat Pulau Pinang ini boleh dikatakan universal sebab mudah untuk difahami memandangkan ia hampir sama dengan loghat orang Selangor.

3) Lawak
Lawak dan berseloroh adalah dua perkara yang berbeza. Lawak memang walau dia buat apa saja, walau apa yang dituturkan mampu mencetuskan tawa di bibir orang lain. Manakala berseloroh ni lebih kepada cakap lepas. Dan orang Malaysia memang suka benar dengan budaya cakap lepas ni. Mereka yang berseloroh selalu dilihat kelakar.

Bagi aku, lawak dan berseloroh ini yang membezakan Ustaz Don dan Ustaz Azhar. Kawan aku, Adzhim atau lebih dikenali sebagai Yop dalam kalangan kawan kami, mengatakan penyampaian Ustaz Azhar lebih dekat dengan hati dan perasaan pendengar.


:) Kalian dipersilakan untuk follow Adzhim a.k.a Yop (:

Aku tiada komen tentang hal itu sebab lain orang lain minatnya dan pendapatnya, ya tak? Aku lebih gemarkan penyampaian yang agak formal. Aku lebih suka letak jurang yang jelas antara aku dan penceramah, antara aku dan pendidik. Aku sebagai insan yang jahil yang ingin menimba ilmu, dan pendidik yang berpengetahuan yang ingin menurunkan ilmu padaku.

Namun, aku tak nafikan kebagusan syarahan Ustaz Azhar!

4) Muda
Aku rasa tak perlu aku bezakan Ustaz Don dengan ustaz Azhar atau dengan mana-mana ustaz sekali pun. Mereka mempunyai karakter tersendiri yang menarik. Tetapi yang faktor umur yang muda, aku rasakan sebagai satu bonus untuk Ustaz Don.

Aku sebagai seorang yang muda lagi, aku memang dah berkali-ali dengar dan arif benar dengan sikap mereka dalam lingkunan umur aku. Generasi sekarang kurang atau memang hampir tidak hormatkan lagi orang tua.

Jadi, aku tak akan terkejut kalau-kalau ada remaja atau belia yang kata, “Alah! Orang tua memang begitu!” “Dah tua-tua barulah alim!” “Orang tua bukan boleh percaya sangat cakap dorang!” dan yang sewaktu dengannya.

Aku percaya, faktor umur Ustaz Don yang muda akan membuatkan beliau dekat dengan hati pendengar. Melihat Ustaz Don yang muda yang telah berada di landasan yang benar akan membuatkan para remaja zaman sekarang mengikut jejak beliau untuk mencari hidayah bagi menemui landasan yang benar di usia yang muda.

At least, that’s what I think.

Sekian, empat signifikasi yang aku percaya, membuatkan Ustaz Don Danial mudah diterima. Biarkan niat pertama untuk mendengar ceramah beliau kerana ingin melihat paras rupanya yang indah, asalkan sambil-sambil itu dapat kita menimba ilmu.

Setiap butir yang disampaikan Ustaz Don sebentar tadi meresap jauh ke dalam minda aku ini. Alhamdulillah. Semoga kekal di situ selamanya dan semoga aku dikurniakan hidayah untuk mengamalkannya dalam masa terdekat.

Amin.

Ps; Rancangan 30 Minit Bersama ustaz Danial adalah pada hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV Al-Hijrah.

3 comments:

Anonymous said...

mak ngah selalu tengok rancangan ni tak pernah mis. siap rakam lagi... ustaz handsome hahaha... penyampaiannya senang di fahami dan jelas. baik untuk semua golongan...

keeya mustafa said...

ceramah beliau dgn background melodi,,memang tersentuh hati ni,,bersama-sama kita muhasabah diri dan menambah ilmu supaya tidak terus jahil dalam ilmu dunia dan akhirat supaya lebih seiring keduanya..

Khaleeqa Idrus said...

MAKNGAH; Sangat handsome, Makngah. Sebab tu suka tgk. Cara dia cakap pun lembut. Sedap je dengar. Haha. Pasal blog makngah tu, insyaALLAH dalam masa terdekat ni tapi tak janji bila. Maaf ya makngah? (:

KEEYA; InsyaALLAH. Amin ya rabbal alamin (: