“Kau ni, Kaklang! Kalau buat kerja dapur tu, tak pernah betul. Buat macam nak tak nak je. Tak guna betul!” tempelak aku apabila melihat kerusi-kerusi di meja makan tidak bersusun dan meja yang masih berminyak akibat tumpahan kuah oleh mereka yang tidak akan mengaku jika ditanya siapa yang melakukannya.
Sambil membasuh pinggan-mangkuk di sinki, adikku, Qaisara membalas, “Kak, kau balik rumah je memekak. Balik Kedah sanalah! Menyampah aku dengan kau.”
Tawa sinisku dibalas jelingan tajam adikku. “Memandangkan aku yang paling berguna kat rumah ni – bila baba nak makan roti bakar aku yang buat, mama nak minum air manis aku yang buat, yang tutup buka tingkap rumah aku buat, yang buat minum pagi petang aku buat – yang patut berambus dari rumah ni ialah kau, bukan aku!” bidasku panjang lebar.
Mendengar tengkinganku terhadap Qaisara, emak aku mencelah.
“Engkau ni, Khaleeqa! Cuba jaga sikit bahasa kau. Menyakitkan hati orang saja kerja kau, kenapa? Kau asyik sakitkan hati orang, nanti orang benci dengan kau kang, baru tahu.”
Aku yang baru usai menyenduk nasi ke pinggan sendiri, melabuhkan punggung di depan emak dengan muka kayu lalu menyumbat secuit nasi kosong ke dalam mulut.
“Ma, look on the bright side-lah. Because of my spiteful tongue, they all are getting tougher. Which is good! Hidup ni tak boleh nak sensitif sangat! Nak sensitif-sensitif, pergi duduk kat hutan sana!” dengan semangat yang tidak kenal erti kalah, aku membetulkan tanggapan emak terhadap perbuatan aku.
Emak menggelengkan kepalanya, perlahan manakala Qaisara berlalu masuk ke bilik, melayani rajuk yang kebiasaannya akan sendiri terpujuk tanpa aku perlu melutut memohon maaf. Melihat adik aku yang tidak sedikit pun menoleh ke arah kami, emak memanjangkan gelengannya.
Seperti biasa juga, aku tersengih memandang ibuku. Menayangkan barisan gigi yang tidak mahu putih juga biarpun digosok dua kali sehari. Dan sepanjang tempoh aku menikmati hidangan, aku mendengar teguran dan nasihat ibuku yang menyeru aku menjaga bahasaku apabila berbicara dengan sesiapa sahaja – sahabat handai, sanak saudara mahupun keluarga.

Aku dan adik perempuanku, Qaisara bertelagah, bertegang urat dan berperang mulut hampir setiap hari. Lantang suara kami bertikam lidah bagaikan suami isteri yang telah berumah tangga bergaduh. Barangkali, berkali ganda lebih teruk. Namun, nama pun perempuan. Tidak melampau untuk kami katakan yang kami perempuan Melayu sejati kerana sekasar-kasar kami, tangan kami tidak hinggap di mana-mana bahagian tubuh antara satu yang lain.
Kekasaran kami berbeza. Aku dideskripsikan kasar dari segi bahasa, oleh mereka yang mengenali diri ini. Malah diiyakan oleh adik lakiku yang pernah berkata, “Kata-kata kakak ni membunuh. Peh,” sambil melekapkan sebelah tangannya ke dada.
Bukan sekali dua pernah aku buat orang menangis, malah berkali-kali. Yang ini, akan kuhuraikan dalam entri yang akan datang. Ia ada kaitan dengan salah seorang insan dalam kehidupanku yang telah berubah, daripada seorang yang lurus bendul kepada manusia yang tidak mampu siapa-siapa perbodohkan.
Bertentangan dengan aku, kekasaran Qaisara lebih kepada tingkah-laku. Gaya dia berjalan, gaya dia mengukirkan senyuman pada orang lain, gaya dia menyahut apabila dipanggil, gaya dia memberi penjelasan dan gaya dia menguruskan sesuatu urusan. Tomboy? 50-50, mungkin? Sebab aku kata 50-50 ialah, dia tidak berpakaian seperti tomboy-tomboy yang lain. Dia masih berbaju kurung ke sekolah dan ke majlis-majlis. Bahkan, dia ialah seorang gadis yang bertudung.
Hanya tingkah-laku, perbuatannya yang kasar. Namun, hatinya tetap selembut sutera. Mudah terasa dengan setiap bait ungkapanku. Mudah mengalirkan air mata apabila ditengking dan dicemuh. Mudah berubah moodnya apabila ada laki-laki yang memuji hasil karya fotografinya. Lumrah kami kaum Hawa, pujian daripada seorang Adam mampu membuat kami senyum sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.
Meskipun bahasa aku mungkin tidak boleh diterima pakai kekasarannya, terutama oleh Qaisara, tidak secebis pun lahir rasa benci terhadap darah daging sendiri. Tidak terlintas langsung di fikiran untuk melihat dia pergi, membuang dia dari kehidupanku, menguburkan kasih sayangku terhadapnya yang telah terpupuk 15 tahun lamanya.
Jika pelengkap hidup kebanyakan orang ialah pasangan mereka yang bertentangan jantina, tetapi tidak aku. Di lubuk dan di dasar hati, pelengkap hidup aku ialah setiap ahli keluarga asasku. Mama, Baba, Abang Aqeel, Qaisara dan Amzar.
Ya, Qaisara ialah salah seorang yang melengkapkan kehidupanku dari sehari ke sehari. Secara dasarnya, dia melengkapkan kekasaranku. Mungkin aku tidak terdaya atau tidak terfikir mahupun tidak sampai hati untuk berkelakuan kasar, dia melakukannya untukku.
Jika Qaisara tidak mampu untuk menuturkan kata-kata kesat yang mempu meninggalkan kesan jejak di hati orang, aku tuturkan untuknya. Kami saling melengkapi.
Aku menyanyi, dia bermain alat muzik. Aku menulis, dia membaca. Dialah yang membetulkan sebutan perkataan-perkataan Inggerisku yang hancur. Aku rapat dengan Mama, dia rapat dengan Baba – membuatkan Baba tidak rasa terpinggir memandangkan Abang Aqeel dan Amzar turut manja dengan Mama dan membuatkan aku rasa kurang bersalah kerana aku benci akan perasaan “terpinggir” dan aku benci jika ahli keluargaku merasainya.
Aku percaya, jika kita ditakdirkan untuk bersama seseorang itu, ditadkirkan menjadi ahli dalam sesebuah keluarga misalnya, ia adalah kerana mereka ditakdirkan Allah S.W.T untuk melengkapkan diri kita, melengkapkan kehidupan kita. Bukan sahaja menjadi pelengkap sebagai peneman hidup, tetapi juga sebagai pembimbing, penyokong dan pendorong.
"Buat Qaisara bt Idrus, aku ingin mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang 8A kau dalam PMR. Meskipun ada kata-kata penggoyah semangat yang mengatakan kejayaan sekarang tidak menjanjikan kejayaan di masa depan, aku percaya, kau akan terus berjaya dan terus berjaya. Allah S.W.T telah kurniakan kau kepintaran akal fikiran, semangat kental yang tidak mudah mati, tenaga yang mencukupi dan ahli keluarga yang secara tidak langsung mendidik kau menjadi lali dengan kekesatan dan kesesatan dunia luar seperti aku. Jadi, aku harap kau gunakan setiap pemberian Tuhan dengan betul. Jika aku ialah manusia atau kakak paling teruk pernah kau tahu kewujudannya, aku nak ingatkan yang di luar sana ada berjuta-juta lagi manusia yang kau akan jumpa dari semasa ke semasa. Ambillah sikap buruk aku sebagai teladan untuk kau jadikan sebagai persediaan menghadapi masa depan. Semoga kau berjaya mencapai cita-cita kau menjadi seorang doktor, dan semoga kau ditemukan jodoh yang kacak-kacak serta beriman lagi berakhlak oleh Allah S.W.T, sepertimana cantiknya kau. Aku comel, kau cantik. Ingat?"
Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah kerana mengurniakan aku ibu bapa dan adik-beradik yang cerdik akalnya dan penyayang. Tiada Tuhan Yang Maha Berkuasa melainkan Kau.
Alhamdulillah.

5 comments:
sweet nye cerita ni hehe :D
bdw congratz qaisara
Terima kasih (:
Sweet times...
with the rough twist...
and ur family's touch...
Memories eh... ^^
Hi Chew! Hahaha. Yeah, memories of our togetherness. How have you been? :D
hmmmm I have been reall
busy and packed with schedules
to follow....
and no feel at all of graduating
and start workin...
how've u been?
ps* it took u a year to comment
on my blog post...
exactly a year... XD
Post a Comment