Entah kenapa, terbit secara tiba-tiba rasa untuk menjenguk laman sesawang Myspace yang telah berkurun ditinggalkan. Okey, sebetulnya tidak berkurun. Tetapi boleh dikatakan agak lama, sejak sebelum bergelar mahasiswi lagi.
Terlalu banyak pembaharuan yang telah disenggera dan dikemasikini oleh pemilik laman sesawang tersebut. Kalau tidak salah, Tom namanya. Giliran rasa kasihan pula menyelinap hati aku yang satu ni. Rasa kasihan terhadap Tom kerana berusaha keras menarik kembali perhatian pengguna-pengguna Myspace dahulu yang kini telah menjadi pengguna bijak dan tetap Facebook.
Aku harap Tom dan Mark tak berperang.
Satu-persatu bahagian aku lawati. Dari profil sendiri hingga ke bahagian senarai kawan-kawan. Saat aku melawati bahagian senarai kawan itulah aku berasa sebak. Kenangan-kenangan bersama kawan-kawan siber ligat bermain di ruang mata. Terimbas kembali betapa akrabnya kami walaupun tanpa berjumpa di dunia reliati. Keakraban yang diperkukuh dengan balasan komen setiap hari. Bahkan setiap saat dan ketika sewaktu di bangku sekolah dahulu!
Perkenalan yang dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan 'bodoh' yang dirasakan lucu apabila dikenang kembali sekarang seperti,
Dan banyak lagi yang tersenarai olehku di sini! Tanpa disedari, aku dan kawan-kawanku saling berkaitan kerana mempunyai kenalan yang sama sehingga membentuk sebuah komuniti besar. Komuniti siber yang besar.
Saling berbalas komen gambar. Masing-masing dulu sibuk menunjukkan bakat mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop. Setelah gambar yang dimuatnaik, maka tertampallah di buletin,
"New picture uploaded!"
Yang ada ego sendiri pula, ayatnya panjang lebih sikit, "New picture uploaded. You may leave comment if you want to."
Aku sendiri agak sombong dahulu kerana enggan komen gambar orang lain melainkan aku rasa gambar seseorang itu jauh lebih baik editannya berbanding editan aku. Di bawah ini adalah antara gambar-gambar yang diedit yang pernah menjadi gambar terhangat di pasaran Myspace. HAHA! Kelakar!




Klik pada gambar untuk lebih besar
Terbuktilah yang bukan aku sahaja sudah beralih ke Facebook dan mengabaikan Myspace, tetapi ramai lagi kawan-kawanku yang beralih ke Facebook secara beransur dan diam-diam hingga terputus hubungan dan agak sukar dijejaki di Facebook memandangkan di Facebook, kita semua lebih matang mengguna nama sendiri. Tidak seperti di Myspace, bermacam-macam bunyi nama panggilan!
"Aku Budak Baik" lah,
"Pa'an"
"Traffic Crewz"
Dan sebagainya! Ini yang buat aku sebak. Sebak betul apabila fikirkan yang di Facebook, ramai tidak menjadi diri sendiri. Jika orang kata di Myspace kita hipokrit, cuba menciota diri yang bukan diri kita dengan cuba menjadi orang lain hingga tercetus plagiriasm dan sebagainya, tetapi di Facebook aku rasakan orang semakin 'bajet'.
Nak ambil gambar ada gaya tersendiri. Gambar yang hanya bertumpu di muka dikatakan "gambar Myspace" yang mana cuba dielak orang ramai kerana enggan dicop "budak Myspace", yang mana akan dianggap ketinggalan.
Kebaikan Myspace dulu ialah, apabila penggunanya bergaduh besar, tidak terlalu umum memandangkan kita kena view bahagian komen seseorang itu untuk melihat komennya, yang kebanyakkannya disembunyi pengguna.
Berbanding dengan Facebook dulu dan sekarang, pergaduhan tidak mampu disembunyikan mana-mana pihak. Terlalu umum. Tetapi still, orang masih nak Facebook juga sebab lebih mudah dan lebih mesra pengguna.
Haih. Sesungguhnya Myspace banyak tinggalkan kenangan berharga bagiku. Melalui Myspace jugalah aku berkenalan dengan dia, si pengarang jantung. Sungguh, aku tidak teringat langsung akan dia. Tetapi sewaktu melihat bagaian gambar aku sendiri, tersentap aku sejenak melihat gambar kami bersama yang diambil pada perjumpaan pertama kami.
Tiada apa yang dikesali. Hubungan yang tercipta antara kami dulu banyak mengajar kami berdua erti kehidupan. Dia dan aku sekarang sudah punya haluan hidup sendiri. Entri-entri tentang dia yang aku tulis sewaktu hangat dilamun cinta dahulu masih wujud lagi dalam blog ini. Pernah juga kawan-kawanku bertanya ; Tidak mahukan aku membuang entri-entri tersebut? Kerana ia akan membahayakan hubungan dia dengan kekasih barunya.
Aku percaya dia dan kekasihnya kenal aku siapa. Aku tak mahu buang sampai bila-bila. Sebab episod hidup dengan dia sangat bermakna. Kalau tiada episod itu, tiadalah aku sekarang.
Kerana komen di Myspace juga kami pernah bergaduh besar. Lagi seperkara yang melucukan hati. Pergaduhan yang menyebabkan aku hampir kehilangan kawan sejati akibat cemburu si dia terhadap kawan baikku. Aku pula dengan lurus bendulnya sanggup berbuat apa saja demi mempertahankan hubungan cinta yang tidak aku sedar kala itu, entah kekal lama entah tidak. Akhirnya, aku kehilangan dua-dua. Mujurlah si sahabat menerima diri ini semula.
Sedar tak sedar, jika aku dan dia masih kerap berhubung hingga kini, hubungan kami hampir menjangkau empat tahun. Empat tahun, beb! Tempoh dua tahun pertama, kami berkawan kemudian berkasih dan sayang, dan kemudiannya putus di tengah jalan. Di tahun ketiga, masing-masing cuba bangun semula dan melangkah ke haluan masing-masing. Hujung tahun ketiga, dia mengikat hubungan pertunangan dengan jodohnya dan aku baru bergelar mahasiswi.
Kami adalah antara cinta monyet Myspace! Siapa sangka? Sungguh ego kami berdua dulu. Tidak mahu bercinta melalui siber konon! Hakikatnya, perasaan sukar dikawal. Lebih-lebih lagi rasa sayang. Ia datang menerpa tanpa kita pinta dan pergi begitu saja bila tiba masanya.
Haih, Myspace, oh myspace.
Ingin aku beritahu di sini. Tidak mustahil untuk sesuatu hubungan siber itu jadi hubungan realiti. Apabila telah temui keserasian, bawalah hubungan itu ke dunia nyata dan kukuhkah dengan menerima diri masing-masing seadanya.
Aku sertakan gambar profil aku yang telah lama tidak aku edit. Mungkin tidak akan diedit lagi. Tetapi gambar baru telah pun aku muatnaik. Rendahkan ego, mari hidupkan semula Myspace. Taklah teruk mana Myspace sekarang pun. Alahai, kau orang ... (:

Profil sendiri - myspace.com/dzeqa07th

Bahagian senarai kawan yang turut telah meninggalkan Myspace
Terlalu banyak pembaharuan yang telah disenggera dan dikemasikini oleh pemilik laman sesawang tersebut. Kalau tidak salah, Tom namanya. Giliran rasa kasihan pula menyelinap hati aku yang satu ni. Rasa kasihan terhadap Tom kerana berusaha keras menarik kembali perhatian pengguna-pengguna Myspace dahulu yang kini telah menjadi pengguna bijak dan tetap Facebook.
Aku harap Tom dan Mark tak berperang.
Satu-persatu bahagian aku lawati. Dari profil sendiri hingga ke bahagian senarai kawan-kawan. Saat aku melawati bahagian senarai kawan itulah aku berasa sebak. Kenangan-kenangan bersama kawan-kawan siber ligat bermain di ruang mata. Terimbas kembali betapa akrabnya kami walaupun tanpa berjumpa di dunia reliati. Keakraban yang diperkukuh dengan balasan komen setiap hari. Bahkan setiap saat dan ketika sewaktu di bangku sekolah dahulu!
Perkenalan yang dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan 'bodoh' yang dirasakan lucu apabila dikenang kembali sekarang seperti,
"Ello! Thanks for adding me! Keep it touch! I'm Eeqa! You?"
"Aha dak mana ni?"
"Aha dak mana ni?"
Dan banyak lagi yang tersenarai olehku di sini! Tanpa disedari, aku dan kawan-kawanku saling berkaitan kerana mempunyai kenalan yang sama sehingga membentuk sebuah komuniti besar. Komuniti siber yang besar.
Saling berbalas komen gambar. Masing-masing dulu sibuk menunjukkan bakat mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop. Setelah gambar yang dimuatnaik, maka tertampallah di buletin,
"New picture uploaded!"
Yang ada ego sendiri pula, ayatnya panjang lebih sikit, "New picture uploaded. You may leave comment if you want to."
Aku sendiri agak sombong dahulu kerana enggan komen gambar orang lain melainkan aku rasa gambar seseorang itu jauh lebih baik editannya berbanding editan aku. Di bawah ini adalah antara gambar-gambar yang diedit yang pernah menjadi gambar terhangat di pasaran Myspace. HAHA! Kelakar!




Klik pada gambar untuk lebih besar
Terbuktilah yang bukan aku sahaja sudah beralih ke Facebook dan mengabaikan Myspace, tetapi ramai lagi kawan-kawanku yang beralih ke Facebook secara beransur dan diam-diam hingga terputus hubungan dan agak sukar dijejaki di Facebook memandangkan di Facebook, kita semua lebih matang mengguna nama sendiri. Tidak seperti di Myspace, bermacam-macam bunyi nama panggilan!
"Aku Budak Baik" lah,
"Pa'an"
"Traffic Crewz"
Dan sebagainya! Ini yang buat aku sebak. Sebak betul apabila fikirkan yang di Facebook, ramai tidak menjadi diri sendiri. Jika orang kata di Myspace kita hipokrit, cuba menciota diri yang bukan diri kita dengan cuba menjadi orang lain hingga tercetus plagiriasm dan sebagainya, tetapi di Facebook aku rasakan orang semakin 'bajet'.
"Tak mainlah komen-komen gambar."
"Ah, tak mainlah tegur macam ni kat Facebook : 'Haaiii, ngah wat pe tuuuu? Nak kacau leh?'
"Ah, tak mainlah tegur macam ni kat Facebook : 'Haaiii, ngah wat pe tuuuu? Nak kacau leh?'
Nak ambil gambar ada gaya tersendiri. Gambar yang hanya bertumpu di muka dikatakan "gambar Myspace" yang mana cuba dielak orang ramai kerana enggan dicop "budak Myspace", yang mana akan dianggap ketinggalan.
Kebaikan Myspace dulu ialah, apabila penggunanya bergaduh besar, tidak terlalu umum memandangkan kita kena view bahagian komen seseorang itu untuk melihat komennya, yang kebanyakkannya disembunyi pengguna.
Berbanding dengan Facebook dulu dan sekarang, pergaduhan tidak mampu disembunyikan mana-mana pihak. Terlalu umum. Tetapi still, orang masih nak Facebook juga sebab lebih mudah dan lebih mesra pengguna.
Haih. Sesungguhnya Myspace banyak tinggalkan kenangan berharga bagiku. Melalui Myspace jugalah aku berkenalan dengan dia, si pengarang jantung. Sungguh, aku tidak teringat langsung akan dia. Tetapi sewaktu melihat bagaian gambar aku sendiri, tersentap aku sejenak melihat gambar kami bersama yang diambil pada perjumpaan pertama kami.Tiada apa yang dikesali. Hubungan yang tercipta antara kami dulu banyak mengajar kami berdua erti kehidupan. Dia dan aku sekarang sudah punya haluan hidup sendiri. Entri-entri tentang dia yang aku tulis sewaktu hangat dilamun cinta dahulu masih wujud lagi dalam blog ini. Pernah juga kawan-kawanku bertanya ; Tidak mahukan aku membuang entri-entri tersebut? Kerana ia akan membahayakan hubungan dia dengan kekasih barunya.
Aku percaya dia dan kekasihnya kenal aku siapa. Aku tak mahu buang sampai bila-bila. Sebab episod hidup dengan dia sangat bermakna. Kalau tiada episod itu, tiadalah aku sekarang.
Kerana komen di Myspace juga kami pernah bergaduh besar. Lagi seperkara yang melucukan hati. Pergaduhan yang menyebabkan aku hampir kehilangan kawan sejati akibat cemburu si dia terhadap kawan baikku. Aku pula dengan lurus bendulnya sanggup berbuat apa saja demi mempertahankan hubungan cinta yang tidak aku sedar kala itu, entah kekal lama entah tidak. Akhirnya, aku kehilangan dua-dua. Mujurlah si sahabat menerima diri ini semula.
Sedar tak sedar, jika aku dan dia masih kerap berhubung hingga kini, hubungan kami hampir menjangkau empat tahun. Empat tahun, beb! Tempoh dua tahun pertama, kami berkawan kemudian berkasih dan sayang, dan kemudiannya putus di tengah jalan. Di tahun ketiga, masing-masing cuba bangun semula dan melangkah ke haluan masing-masing. Hujung tahun ketiga, dia mengikat hubungan pertunangan dengan jodohnya dan aku baru bergelar mahasiswi.
Kami adalah antara cinta monyet Myspace! Siapa sangka? Sungguh ego kami berdua dulu. Tidak mahu bercinta melalui siber konon! Hakikatnya, perasaan sukar dikawal. Lebih-lebih lagi rasa sayang. Ia datang menerpa tanpa kita pinta dan pergi begitu saja bila tiba masanya.
Haih, Myspace, oh myspace.
Ingin aku beritahu di sini. Tidak mustahil untuk sesuatu hubungan siber itu jadi hubungan realiti. Apabila telah temui keserasian, bawalah hubungan itu ke dunia nyata dan kukuhkah dengan menerima diri masing-masing seadanya.
Aku sertakan gambar profil aku yang telah lama tidak aku edit. Mungkin tidak akan diedit lagi. Tetapi gambar baru telah pun aku muatnaik. Rendahkan ego, mari hidupkan semula Myspace. Taklah teruk mana Myspace sekarang pun. Alahai, kau orang ... (:

Profil sendiri - myspace.com/dzeqa07th

Bahagian senarai kawan yang turut telah meninggalkan Myspace
4 comments:
mmg bnyk kenangan manis dekat ms ni..
mmg x bleh lupakan..
begitu gak dgn yg lain, friendster, tagged.. dll
walawehh
nostalgianyaaa
kenal eeqa dr myrakan kan
tp kenal abg ezad atas ni dr myspace
hohoho
Abg Ezad, nak dibandingkan MS dgn Myrakan, myrakan laaaagi byk kenangan. Haha. Eeqa membesar dgn myRakan. Org yg knl eeqa melalui myrakan mesti ckp "Eh eh, da besar da budak ni!" :D
Kak Ery, yeaaaaah! Kita kenal kat myRakan. Pastu bawa ke FS. Pastu MS dan skrg FB + Blog. HAHA. Eeqa jumpa dlu abg ezad dan baru add kat MS. Haha.
setuju cakap Eeqa!! :D haha agak nostalgic ye ms nih. haha.
Post a Comment