Kenapa aku tidak kisah bergaul dengan perokok

Rata-rata orang lihat "PEROKOK" sebagai manusia yang kurang disenangi dan ramai melihat perkataan "PEROKOK" itu sendiri secara negatif. Aku berani jamin, jika aku tanya mana-mana perempuan pendapat mereka tentang "PEROKOK", pasti respon mereka begini :

"Perokok? Elakkanlah! Lebih baik cari laki lain buat laki."

Atau yang terlebih manja gedik, "Euuuw! Yuck! I tak sukew laki pewrowkok. Bushuk!"

Aak! Akuw yang pewrewmpuan pun tak sukew kaw.

Kebanyakan kawan perempuan aku memang tak suka laki yang merokok. Seboleh-bolehnya mereka cuba cari laki yang tak merokok. Kalau dalam senarai laki yang minta couple dengan mereka, berhempas-pulas mereka menganalisa senarai tersebut dan meletakkan laki yang merokok di paling bawah dalam carta laki boleh buat pakwe.

Tapi di belah laki pula, kawan-kawan aku tak sedar yang mereka pun dalam senarai "permainan" budak-budak laki tu dan kawan-kawan aku ni pun terletak di paling bawah dalam carta buat bini. Bini dengan makwe lain, tolongsss! Okey, malas nak komen lebih-lebih!

Cuma yang penting, jangan bajet sangat tolong?

Ogos 2010, aku dan sekumpulan rakan sekelan berbuka puasa di Tanjung Dawai. Kemudian kami singgah minum di Kedai Mamak Nashmir. Okey, kami memang begitu. Buka puasa tu lapik perut je. Aak!

Masa tu, kawan-kawan laki aku dengan tabiat biasanya, merokoklah. Tengok mereka merokok, fikiran aku serta-merta teringat si dia bekas kekasih yang pernah tanya dalam penuh kesangsian, "Betul ke awak tak merokok?" hanya kerana aku tidak mengerutkan muka dan menutup hidung ketika aku duduk di sebelahnya yang pada waktu itu sedang merokok.

Ingin saja aku jawab, "Awek kau yang muka gila comel punya suci kau syak merokok?" Bahlul! Tapi sebab cinta yang memekar di hati, aku menjawab dengan sopan lagi bersantun, "Tidak, sayang! Tidak! Sesungguhnya babymu ini tiak menyentuh rokok! Percayalah!"

Okey, tipu. Memang tak la aku nak jawab macam tu, kan? Aku cuma geleng dan ukirkan senyuman diabetics aku pada dia dengan harapan dia akan terus buang rokok kat tangan dia tu dan terus lekapkan bibir merah dia ke bibir aku. Tapi hmm .. hampeh. Tak dilayannya.


Selagi dia hormat aku sebagai seorang perempuan dan tak hembus-hembus asap rokok ke muka aku macam aku ni pelacur RM 10/malam, aku tak kisah kalau dia merokok

Jadi di sini aku nyatakan dua-tiga sebab utama aku tidak kisah bergaul dengan perokok. Jadi kenapa agaknya, ya? Kenapa? Apakah kalian ada idea kenapa? Ingin cuba meneka? Lupakan saja -.-" Macam kau kenal aku siapa.

Sebab-sebabnya adalah ...! (nada seperti mengumumkan calon-calon pemenang Anugerah Bintang Populor)

1) Dari moyang hingga ke bapa merokok.
Arwah moyang dan atok-atok aku, semuanya arwah perokok. Bapa aku juga. Dari kecil sampai ke besar, aku melihat mereka merokok. Tapi di luar rumah. Aku tekankan di sini, DI LUAR RUMAH. Jadi tak perlu nak pandang serong pada moyang atok bapak aku sebab tak sorok-sorok merokok dan menuduh mereka membahayakan kesihatan darah daging mereka sendiri dari kecil. Maka, aku dah lali. Dah biasa dengan bau rokok. Dengan bau badan perokok. Come on, it is not a big deal, dude!

Ps ; Bau badan orang yang merokok rokok Malboro sangat "hot", tiada penafian.

2) Merokok tidak melambangkan jati diri seseorang itu walaupun yang ketara ialah mereka pembazir nombor satu.

Merokok ni tak menjadikan seseorang itu jahat. Mungkin ada! Budak-budak di bangku sekolah yang poyo-poyo nak cuba merokok kononnya merokok menjantankan mereka hingga sanggup merompak duit mak bapak sendiri. Yang itu, pengaruh kawan. Biasalah, mentah lagi kan? Tapi tak semua, okey? Tak semua perokok ni buruk perangainya. Cuba kita jangan streotaipkan orang?

3) Aku faham dengan kesukaran yang dialami perokok-perokok untuk berhenti merokok.

Kalau kau ketagih dengan apa sekali pun, memang susah nak berhenti. Jadi tak perlu nak paksa-paksa pakwe kau ke, bapak kau ke, atau sesiapa untuk berhenti merokok. Nasihat sekali dua, cukup. Depa taknak dengar, pi lantak depa sana!

"Mana boleh! Merokok haram di sisi Islam!"

Bab agama ni, aku tak nak komen lebih. Tapi aku boleh kata situasinya sama dengan orang yang hangat bercinta. Sms dan gayut sampai dua tiga pagi. Dating dekat tasik, overnight depan dan dalam hotel dan sebagainya. Padahal kau tahu semua tu haram sebab buat maksiat. Maksiat mana yang tak best kan? Tapi susah nak berhenti kan? Lagi-lagi melibatkan perasaan sayang yang kononnya tak boleh dihalang kerana ia datang tanpa dipinta. Awww, cweet. Sama juga dengan "PEROKOK". Tahu haram tapi susah.

Nak faham keadaan mereka, imbau perasaan kau orang bila hangat bercinta dulu. Atau mungkin sekarang? Kan?

"Aku nak bersama suami aku sampai akhir hayat aku? Dia mati dulu kang macam mana?"

Dude, kalau laki kau bukan "PEROKOK" pun, dia boleh mati dulu dari kau. Merokok tak menentukan tarikh kematian atau panjang hayat seseorang. Ada orang yang bukan "PEROKOK" tapi mati di usia yang muda akibat jantung berhenti secara tiba-tiba, atau dilanggar lori balak dan sebagainya. Ada orang yang bukan "PEROKOK" tapi hidap penyakit lain, akhirnya mati juga.

Janganlah jadi macam FIRST LADY yang percaya bala yang menimpa mampu dielak kalau langkah-langkah keselamatan diambil. Sangatlah tidak .. ah! Lantaklah.

Hikmahnya "PEROKOK" ni menghidap kanser paru-paru, menanggung kesakitan mampu sedikit sebanyak menebus dosa-dosa kecil mereka yang lalu. Bukankah dosa kita terhapus dengan setiap kesakitan yang kita alami? Mungkin Allah nak beri "PEROKOK" ni pengajaran di samping DIA memaafkan dosa-dosa "PEROKOK" ini akibat tidak mampu berhenti merokok, siapa tahu kan?

TETAPI dengan syarat, "PEROKOK" perlulah insaf, taubat tidak membuatnya lagi dan sabar menanggung musibah seperti hadis di bawah :

“Tiada sesuatu musibah yang berlaku ke atas seorang muslim seperti kecelakaan, penderitaan, kedukaan, kesempitan, kesakitan dan kesedihan melainkan Allah akan menghapuskan segala kesalahan-kesalahannya”. (Muttafaq alaih)

Hanya dengan kesabaran menanggung musibah tersebut Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu.

Tak, aku tak galakkan laki-laki untuk terus-terusan merokok. Aku pun kalau boleh nak bersuamikan laki yang sihat tubuh badan dan merah paru-parunya dengan cinta dan kasih sayang dia untuk aku. Aak!

Kepada perempuan-perempuan di luar sana, jagalah kata-kata anda apabila memberi pendapat tentang "PEROKOK". Silap hari bulan, kau orang yang tersangkut dengan "PEROKOK", tahniah dan baru padan muka aku ucapkan. Tak salah untuk menasihatkan kenalan terdekat yang merokok untuk berhenti, tetapi jangan mendesak hingga mampu menyinggung perasaan mereka dan membuatkan mereka bosan dengan sikap anda.

Janalah pemikiran optimis kerana sesungguhnya ia sangat membantu dalam maju ke hadapan dan mari hentikan fikiran pesimis.

3 comments:

Kehoe Cheong said...

Baca post anda membuatkan saya rasa sangat lega,kerana ada lagi perempuan yang faham lelaki seperti saya selain ibu saya.

Tak faham sesetengah manusia yang berfikiran kolot nak men'double standard'kan bagai.Kalau ibu saya tak kisah,mengapa perlu mereka?

Khaleeqa Idrus said...

Sebab mereka terlalu mementingkan diri, hanya fikir apa yang mereka tak suka dan suka saja. Tak pernah hirau tentang rasa org lain.

safuan said...
This comment has been removed by the author.