Sebenarnya,
Aku tak pernah fikir pasal benda lain dalam kelas. Aku tak pernah fikir pasal 'favourite boy'. Aku tak pernah fikir pasal budak-budak laki kelas aku yang gila-dan-bengong-tapi-kacak. Aku tak pernah fikir pasal kenapa orang takut dengan aku.
Aku cuma fikir macam mana aku nak hidup dengan RM5 seminggu. Aku cuma fikir selama mana aku perlu ikat perut. Aku cuma fikir selama mana aku hanya boleh ambil bau makanan tanpa memakannya. Aku cuma terfikir bila aku boleh rasa minuman manis di dewan makan. Aku cuma fikir bila aku dapat rasa air bandung kegemaran aku di 'food court' lagi. Aku cuma fikir bila aku dapat join kawan-kawan aku makan di 'food court' setiap kali selepas kelas. Aku cuma terfikir bila aku boleh makan nasi berlauk lebih dari satu.
TAPI,
Aku tahu aku sepatutnya bersyukur sebab dapat makan nasi sekurang-kurangnya tiga hari sekali. Aku patut bersyukur sebab tanpa minum air bandung kegemaranku di 'food court' dan minuman-minuman manis di dewan makan, aku dapat kurangkan kandungan gula dalam badanku. Aku patut bersyukur sebab tanpa makan makanan tapi sekadar mengambil bau saja, aku dapat kurangkan berat badanku. Aku patut bersyukur sebab tanpa join kawan-kawan aku makan di 'food court' selepas kuliah, aku ada masa lebih untuk diri sendiri di bilik dan masa lebih untuk menelaah. Aku patut bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku masih bertenaga tanpa makanan sedap-sedap. Aku patut bersyukur!
DAN,
Walaupun masalah kewangan aku dan keluarga di semester dua ini sempit sampai aku hilang fokus di dalam kelas memikirkan makanan apa yang berharga RM 1 tapi mengenyangkan untuk sehari suntuk,
Aku tetap suka kehidupan aku di UiTM Merbok. Aku tetap bersemangat menghadiri setiap kelas. Aku tetap sayang kawan-kawan aku yang gila-dan-bengong-tapi-kacak. Aku tetap suka semester 2!
Sebab aku dah banyak cakap dengan budak-budak laki kelas aku yang suka pandang aku macam aku ini raksasa yang sedang ingin memburu dorang.
Serta yang penting,
Aku dah banyak cakap dengan Amir Hakim (Kimi), laki beraut keturunan CinaCelup yang tak habis-habis suruh aku tulis pasal dia di blog aku.
Tapi,
Aku tulis ini bukan sebab diminta oleh dia apatah lagi dipaksa. Aku tulis dengan hati gembira kerana aku mula rasa kehadiran aku di kelas dirasai oleh budak-budak kelas aku terutama Kimi, arjuna yang aku tak mampu sembunyikan senyuman dan tawaku setiap kali mendengar dan melihat dia berbicara.
"Ya Allah, hanya satu pintaku, terus-terusanlah kurniakan aku kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menjalani kehidupan dari sehari ke sehari dengan dibelengu masalah yang mencabar keimanan dan ketakwaanku. Amin ya rabbal alamin."
Ps; KIMI, :tayang sepuluh jari sambil jungkit kening:

Aku dah banyak cakap dengan Amir Hakim (Kimi), laki beraut keturunan Cina
Tapi,
Aku tulis ini bukan sebab diminta oleh dia apatah lagi dipaksa. Aku tulis dengan hati gembira kerana aku mula rasa kehadiran aku di kelas dirasai oleh budak-budak kelas aku terutama Kimi, arjuna yang aku tak mampu sembunyikan senyuman dan tawaku setiap kali mendengar dan melihat dia berbicara.
"Ya Allah, hanya satu pintaku, terus-terusanlah kurniakan aku kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menjalani kehidupan dari sehari ke sehari dengan dibelengu masalah yang mencabar keimanan dan ketakwaanku. Amin ya rabbal alamin."
Ps; KIMI, :tayang sepuluh jari sambil jungkit kening:
9 comments:
Usaha tangga kejayaan!
bersyukurla!
Khalis :
Haha terima kasih. Harap-harap masalah ni tak berpanjangan sampai I mati :)
Lelaki Ini,
SEDANG! :D
Khaleeqa...
mama dah pesankan...kalau ya pun jnglah smp berikat perut. Bila rasa nak makanlah. InsyaAllah rezeki utk perbelanjaan kamu ada.
Erk. Mama ke neh? Tak adalah berikat sgt pun. Makan juga. Cuma tak mewah je. Sederhana. Jgn risau ;)
leqhaa...
i think should apply for tabung zakat for studnt in uitm..
i cnt rmmbr exctly where u can gt th form, maybe hep...
atleast, it can help u...
xdala smpai perut gini...klu dh smpai hilang focus dlm kelas tu kn dh xbagus, nnt prestasi pun menurun, sem 2 ni lg sush taw..u should pay more attention in class yar...
-->senior
Senior, org pun pernah terfikir juga pasal zakat. Tapi rasanya org tak layak kot sebab gaji bersih mama org selalunya buat org tak layak utk dpt. Org prnh cuba kat sekolah menengah dulu. Tp jgn risau, skrg org dah cuba tak fikir psl makanan dlm kelas. Cuba fokus wlpun sekali sekala terpesong juga, heh :)
leeqha...
tu dulu masa d sekolah..
ini skrg d universiti,
jgn fikir, perg je try,
who knows maybe applicatipn lulus, haa kn lega sikit..
elaun mmg lmbt la kn..
belajar rajin2 yar...
:)
senior-----<
Terima kasih, senior. Khamis ni org balik rumah, sebab cuti mid sem. InsyaALLAH org akan bincang dgn mama org, sama ada mama setuju org apply atau tidak. Btw, nnt kalau da dpt elaun, org da ada plan bernas. Haha. Nnt org buat post psl plan tu :D
Terima kasih senior ♥
Post a Comment