Aku bukan seorang penulis blog yang hebat, apatah lagi yang terkenal. Tidak perlu dipertikaikan lagi. Lihat saja bilangan lawatan yang aku terima. Dalam seminggu, tidak sampai tiga-empat orang. Maka apabila aku dipuji melambung-lambung oleh beberapa kenalan, aku berasa tidak layak untuk menerima pujian-pujian sedemikian. Walau apapun, terima kasih.
Sedikit sebanyak pujian yang agak tidak berasas kalian tersebut merangsang aku untuk terus menulis dan mengemaskini blog yang serba kekurangan ini. Tipulah jika aku kata hatiku tidak tercuit oleh kerunduman bilangan pelawat yang aku terima. Tetapi, aku pujuk hatiku dengan tekad untuk menulis dengan niat yang tetap dan nan satu, memastikan kebolehan aku dalam menulis sama ada penulisan Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris tidak semakin lemah.
Sebab aku dan penulisan tidak boleh dipisahkan. Ia bagaikan sudah sebati dalam darahku tanpa dapat ditapis dengan menggunakan apa jua alat biarpun alat itu ialah alat tercanggih seorang manusia pernah cipta di muka bumi ini. Tolong jangan lupa tiada yang lebih canggih daripada ciptaan DIA.
Dalam entri kali ini, aku ingin kongsikan beberapa panduan menjadi seorang penulis yang disenangi mengikut pendapat dan pengalaman selama aku menjadi seorang penulis blog. Dalam tempoh dua tahun, telah banyak blog yang aku lawati. Ada yang aku lawati dan tinggalkan kata-kata semangat untuk terus menulis walaupun secara jujurnya aku tidak tertarik langsung dengan entri-entri yang pernah ditulis mereka.
Sesungguhnya, setiap penulis tidak boleh lari daripada memerlukan sokongan moral daripada mereka yang lain yang turut punya bakat dan minat dalam bidang yang sama.
Dan ada juga yang aku lawati dan jatuh hati serta-merta dengan gaya penulisan mereka. Lantas blog-blog mereka aku senaraikan di bahagian kanan ruangan blog aku bagi mengelakkan diri aku daripada ketinggalan dengan pembaharuan mereka.
Oleh itu, jika panduan yang akan aku kongsikan di bawah nanti tidak mencukupi dan masih samar-samar, bolehlah kau orang jenguk blog-blog yang aku gemari tersebut kerana tanpa pengetahuan mereka sendiri, merekalah perangsang utama dan idola aku dalam penulisan.
1) Penampilan blog
Pemilihan layout sebenarnya turut memainkan peranan walaupun terdapat segelintir penulis blog professional yang mengambil mudah terhadap kriteria ini. Blog yang terlalu gelap akan menyukarkan pembacaan si pembaca. Blog yang terlalu terang juga sama. Jadi, bijakkan diri dalam memilih warna latar blog. Tidak salah untuk menghias blog kelihatan agak kegadisan ataupun kelakian (girly or rock) tapi pastikan HTML untuk setiap alat tambahan (additional gadget) tidak terlalu berat kerana ia akan menyukarkan pelawat melayari blog kalian.
2) Muzik
Jika ditanya pendapat aku, memang aku tidak galakkan kalian meletak lagu di blog kerana ia merupakan sesuatu yang bersikap menganggu. Sudah menjadi kebiasaan kita, kita akan memasang lagu sambil melayari laman web. Dan apabila lagu entah dari mana datangnya muncul, bukankah ia sesuatu yang annoying? Tetapi, jika teringin juga untuk letak lagu dan merasakan blog kalian terlalu kosong tanpanya, maka letaklah mengikut citarasa kalian tetapi jangan sembunyikan alat (gadget) tersebut supaya pembaca boleh hentikan lagu tersebut jika mereka mahu.
3) Susun atur teks
Elakkan memilih “center” atau pun “left” kerana ia membuatkan teks kelihatan tidak kemas.
4) Saiz tulisan
Elakkan penggunaan saiz tulisan yang terlampau besar mahupun kecil. Ia bukan sahaja membuat pembaca berasa menyampah tetapi ia menunjukkan penulis blog tersebut buta seni. Buta yang terlalu buta. Even simple text is considered as an art.
5) Pengisian entri
Seboleh-bolehnya, mampatkan setiap entri dengan sesuatu yang boleh diteladani pembaca serta selitkan unsur-unsur hiburan yang mampu mencalitkan senyuman di bibir pembaca. Jadi, bagaimana hendak timbulkan kedua-dua unsur tersebut dalam penulisan? Tulis tulus dari hati. Sesuatu yang lahir dari hati mudah hinggap di tangkai hati pembaca. Jangan perah otak untuk menulis jika kebuntuan idea dan jangan berlengah-lengah untuk menulis apabila dikurniakan ilham tiba-tiba.
6) Hiasan entri
Penyertaan gambar yang saling berkaitan dengan entri akan memudahkan lagi pengisian entri tersebut untuk ‘sampai’ ke pembaca. Bagi yang rasa dirinya lebih kepada keislaman, elakkan meletak gambar yang menunjukkan aurat seseorang sebab dosa kalian bertambah setiap kali pembaca melihat gambar tersebut. Bagi yang ‘agak-agak’ tidak peduli dengan dosa dan pahala, jangan pula ambil kesempatan meletak gambar yang melampau-lampau hanya kerana kalian berfikiran telanjang (terbuka).
7) Penekanan isi
Untuk menekankan mana-mana baris ayat atau frasa dalam teks, tebal (bold) dan italickan mereka. Jika berhasrat menjadi penulis yang teliti, tebalkan perkataan sinkof seperti “kat”, “dorang”, “kteorang” dan sebagainya. Manakala bagi perkataan Bahasa Inggeris, ia memadai jika di’italic’kan saja daripada meletak simbol pembuka dan penutup kata bagi setiap perkataan dan frasa Inggeris.
8) Penggunaan Bahasa
Aku tidak suka bahasa rojak, secara jujurnya. Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang dengan bangganya mengaku bahasa rojak ialah identiti rakyat Malaysia, tetapi aku rasa ia bukan sesuatu yang membanggakan tetapi sebaliknya memalukan. Gunakan Bahasa Melayu secara menyeluruh jika anda terfikir untuk berbahasa Melayu dalam menulis entri tersebut dan gunakan Bahasa Inggeris sebaliknya jika anda terfikir untuk berbahasa Inggeris dalam entri tersebut. Memang tak salah untuk guna bahasa rojak, tapi gunakannya hanya jika anda betul-betul tidak tahu sesuatu perkataan itu dalam bahasa yang anda guna pada asalnya.
Tun Dr. Mahathir pernah tulis di blog beliau, "I think in Malay when I want to speak and write in Malay and I think in English when I want to write and speak in English."
9) Ayat carut dan lucah
Aku tahu ada yang rasa hebat apabila mencarut dan berlucah dalam berbahasa. Aku pun pernah rasa sebegitu dulu dan sekali-sekala. Tapi untuk mencarut dan berlucah dalam penulisan bukanlah sesuatu yang bijak, ya kalian. Apa kata guna bahasa simbolik kerana bahasa simbolik secara tidak langsung ialah sesuatu yang merangsangkan (minda dan juga batin, sila fikir sendiri bahagimana ia berlaku) dan menghiburkan hati yang aku percaya, mampu mencetuskan tawa di bibir pembaca. Jika tidak suka membelok ke sana sini, dan lebih gemarkan sesuatu yang terang lagi nyata, pastikan ia tidak melampau.
10) Niat
Untuk permulaan, abaikan bilangan komen dan pengikut yang diterima. Aku tahu ia sesuatu yang mampu menjatuhkan semangat dan buat si penulis tertanya-tanya, ‘Apa yang kurang blog aku ni dan apa lebihnya blog dia tu? Aku punya lagi okey kot!’, ‘Apa ke hainya tak bertambah-tambah follower aku ni?’ Yang penting weh, jangan buat blog macam Myspace, pusat mengumpul kawan. Sejak azali lagi, blog diwujudkan untuk seseorang itu berkarya dan membuat kenalan yang punya minat yang sama. Jangan lawat blog orang dan tinggalkan pesanan, “I’ve followed you so follow me back.” That is indeed so bullshit! Bila niat mempunyai sebuah blog itu dah salah, sebab tu mudah lemah semangat apabila bilangan pengikut dan komen tidak bertambah.
Aku rasa tersebutlah panduan yang aku mampu kongsikan buat masa ni. Akan aku kongsikan lagi dari semasa ke semasa. Teruskan menulis dan semoga maju jaya! :D
Ps ; Edy Nuar & Yusoff, write as you please and the number of comments you receive should be the least of your worries.

6 comments:
yeah you're righhhtt ~ :D Like this entry !
dan lagi satu. jangan plagiat hasil kerja orang,,sebab itu melanggar etika penulisan. aku pun benci. lainlah kalau ada credit. betul tak khaleeqa idrus?
Terima kasih atas panduan yang diberikan. Sangat berguna :)
Ellenyna,
Thank you. I wrote this based on my personal thoughts. You may add more info if you have any :)
Ikaml fayadh,
SETUJU SANGAT, ikmal fayadh. Biasanya pembaca boleh tahu sama ada penulisan tu adalah hasil tiruan atau asli. Yg penting, tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu pencapaian :D
Hami Asraff,
Sama sama. Apalah sangat panduan yang saya kongsikan untuk dibandingkan dengan panduan dan entri-entri post awak yang ternyata jauh lebih berguna :D
aku tahu website for plagiarism. muehehehe
Aha aku tak berminat dengan plagiarsim. LOLOLOL!
Post a Comment