Laki Semalam

Saat aku melangkah ke arah kaunter pertanyaan Bank Islam di Shah Alam tadi, aku dapat merasakan diriku sedang diperhatikan. Lantas mataku melilau ke serata ruang legar bank.

Cis, mamat semalam!

Kelihatan dia turut terkejut melihatku. Bezanya, reaksi terkejutnya jelas di rupanya yang fine-kacak-lah-kan-hak-ala dan aku berlagak tenang. Itulah bezanya.

(Mengenang peristiwa semalam)

Aku dan laki itu telah bertemu semalam di Jabatan Pendaftaran Negeri di Shah Alam (juga). Suaratan atau kebetulan, hadirnya kami ke situ dengan tujuan yang sama ; membuat kad pengenalan baru. Secara suratan atau kebetulan lagi, kami naik lif yang sama.

Dan dengan uhuk-comel-lah-sangat, kaki dia yang berkasut Timberland memijak kakiku yang sekadar berselipar. Hak ala, nak pergi buat IC pun nak pakai lawa-lawa. Nak ambil gambar pun gambar muka je. Desis ku dalam hati.

Aku enggan memandangnya terus-terusan. Tidak seperti dia yang memerhatikan aku sedari aku mengambil nombor giliran dan bertanya itu ini di kaunter pertanyaan Jabatan Pendaftaran Negeri. Fine, nak tahu sangatkan, ya aku buat IC baru sebab dompet aku kena curi masa tengok bola kat Stadium Bukit Jalil hari Ahad lepas dan habis IC serta kad ATM aku hilang. Takpayahlah pandang sebegitu sekali.

Selesai urusan di sana, aku pulang ke rumah dan tidak sedikit pun perihal laki itu melekat di ingatanku.

(Kembali ke realiti)

Aku diminta isi dua helai borang untuk mendapat kad ATM baru. Maka aku isi tanpa banyak soal dan kepilkan borang tersebut dengan salinan kad pengenalan. Tatkala aku menoleh ke tepi untuk memandang ayahku, mataku berlaga dengan anak matanya yang duduk di belakang searah dengan ayahku.

Dia memandangku kosong. Tak sangsi lagi, dompetnya turut dicuri di malam yang sama dan di tempat yang sama, Stadium Putra Bukit Jalil. Mustahil laki setua dia tidak punya akaun bank dan baru nak buat kad pengenalan.

Kata laki berkot hitam kemas di kaunter pertanyaann, aku boleh pulang setelah mengisi borang-borang tersebut. Aku dan ayah pun menuju ke kereta. Apabila aku sudah meloloskan diri ke dalam perut kereta Volvo-pinjam, ayahku suruh aku masuk semula ke dalam untuk meng'block' kad ATM lama kerana khuatir habis duit-duit aku dikeluarkan pencuri yang telah disumpah jadi katak oleh aku semalam.

"Encik, kad ATM saya dah kena curi. Bagaimana saya nak elakkan kad ATM saya daripada disalahguna oleh pencuri yang bangang tu ya?" tanyaku penuh sopan-lah-sangat-kan.

"Oh. Adik pergi ke dalam sana, terus ke kaunter dan beritahu yang adik nak block kad."

"Tak perlu ambil nombor giliran?" tanya ku dalam ketidakpercayaan.

"Tak perlu. Terus saja ke mana-mana kaunter ya?"

Aku mengangguk dan berlalu bahagian kaunter yang agak penuh diisi umat manusia. Aku ternampak sebuah kaunter kosong. Tanpa berlengah sesaat dua, aku menuju ke kaunter tersebut. Laluan aku ke kaunter itu menyebabkan aku perlu melalui berbaris-baris kerusi.

Dan suratan atau kebetulan lagi kan, hak ala kan, laki semalam tu turut bangun dari duduknya dan kami berlaga buat kesekian kalinya.

Tanpa bersuara lagi bersapa, masing-masing menjungkit kening. Fine! Tak ada yang nak mengalah cakap sorry kan, kami pun ke kaunter yang dituju.

Suratan atau kebetulan, kaunter yang kami tuju sebelah-menyebelah. Laluan kami bersilang. Sampai di kaunter, dia menoleh ke arahku. Dan aku pun memandangnya.

"Ya, dik? Nombor berapa?" aku ditanya oleh pekerja di kaunter.

"Oh. Ha! Tak ada nombor. Saya nak block kad ATM lama saya."

"Nak block? Bagi IC jap."

"IC? Masalahnya IC saya pun kena curi. Jadi saya tak ada IC nak bagi."

"Oh. Kalau macam tu, adik tulis nombor IC adik kat sini," kata pekerja itu lalu menyerahkan aku secebis kertas yang dikoyak entah dari mana.

Selesai urusan aku, aku beralih ke kaunter. Suratan atau kebetulan yang ke-berapa kali, urusannya selesai di masa yang sama menyebabkan kami bertembung di pintu masuk lagi.

Aku memperlahankan langkahku supaya jarak aku dan dia besar lah sikit, kan? Di pintu, dia menoleh ke belakang. Mata kami bertembung lagi. Kali ini kening aku berkerut.

Amende kau ni? Gerutu aku dalam hati.

Dia terus menghala ke arah ATM dan aku berjalan keluar. Namun sempat mataku menangkap, dia menoleh ke arahku sebelum kami membawa haluan masing-masing. Aiseh! Macam babak Gossip Girl lah pulak. Tapi orang-orang tua cakap, kalau nak blah tu, kalau boleh toleh untuk kali terakhir. Sebab mungkin terjadi, kita tak akan bersua lagi.

Tapi yang pasti, kami sama-sama penyokong Malaysia dan aku pasti wallet dia kena curi Ahad haritu sebab tu dia buat kad pengenalan dan ATM baru sama dengan aku!

See, sukan mampu menyatukan rakyat Malaysia. Adik-adik sekolah menengah, boleh ambil kisah ni untuk karangan tajuk Kelebihan Sukan.

4 comments:

beyla dolica said...

hahaha. mungkin ada jodoh antara kalian. hehe

Khaleeqa Idrus said...

HAHA that's one of the most common stereotypes I've heard almost my entire life.

anaKefli said...

cool.
salam ziarah,blog singgah blog saya ok =)

Khaleeqa Idrus said...

Thanks. I suppose the compliment isn't as sincere as it may seem, is it?

I will, one day ;)