Luahan Hati Sekejap ; Bagaimana duit elaun aku habis.

Ya, semua budak asasi dan matrikulasi dapat elaun. Untuk semester pertama, akan dapat RM 1700 sebab Mara tambah RM 500. Biasiswa asas kami terima hanya RM 1200.

Walau bagaimana pun, aku tak seperti orang lain. Aku hanya dapat RM 1200 sebab lagi RM 500 tu sudah ditolak untuk duit yuran memandangkan aku tak mampu nak bayar secara tunai duit yuran aku tu.

Aku dapat duit tu lambat sebab aku budak second-intake, ditambah lagi, permohonan biasiswa aku tu tak lengkap. Jadi ditunda, ditunda, ditunda sampai lah nak dekat tiga bulan aku belajar baru dapat.

Aku cakap awal-awal, keluarga aku tak kaya. Gaji mak bapak aku tak cecah RM 1000. Aku pula dikurniakan sikap yang tak suka buat mak bapak aku tension walaupun aku selalu buat jugak. Aku pantang betul telefon mak bapak aku sebab nak duit.

Melainkan mak aku yang telefon dan tanya. Kalau tak terdesak, aku bohong sunat cakap semua cukup. Padahal dah keliling pinggang hutang aku buat. Kalau terdesak, aku cakap aku cuma perlu RM 30, padahal aku perlukan RM 130. Banyak buku aku tak beli.

Pasal buku tu, aku tak kisah sangat. Aku tak kisah kena herdik dengan lecturer sebab fotostat buku secara haram. Aku makan berikat, apa lecturer tu tahu?

Sepanjang sebelum aku dapat elaun, macam aku cakap, hutang aku keliling pinggang. Hutang makan, minum, buku (macam aku cakap, fotostat punya) dan tiket pengangkutan balik untuk cuti sem.

Nasib aku baik sebab dapat kawan yang tak berkira. Aku cakap aku nak bayar, dorang cakap tak payah. Bagi mengurangkan rasa bersalah aku, aku bayar juga. Aku tak tahu berapa jumlahnya. Tapi aku bayar RM 100 kat kawan baik aku, Pika namanya manjanya.

Jadi, tinggal RM 1100. Kemudian RM 100 aku bayar kat rakan sekelas aku yang tolong belikan aku tiket keretapi untuk balik raya. Itu pun setiap hari aku tayang muka seposen, minta tangguhkan dulu pembayaran sampai dapat elaun.

Nasib baik dia tak kisah.

Sepanjang satu semester, cuma sekali aku telefon mak aku mintak duit walaupun aku sebenarnya tak nak buat macam tu. Lagi sedih dan luluh hati aku ni bila dapat tahu mak aku pula pinjam duit elaun abang aku sebab nak bagi aku makan kat Merbok.

Aku dapat tahu je kes tu dari adik aku (dia yang bagi tahu sebab dia suruh aku ingat-ingat bila berbelanja keluar dengan kawan kawan), sumpah aku tak nak cakap ngan mak aku lagi aku tak cukup duit.

Jadi duit aku tinggal RM 1000. Sebelum aku dapat elaun dulu, aku memang dah pasang niat untuk bagi mak RM 200 bila dah dapat elaun, untuk dia buat belanja. Lantak dia nak belanja rumah ke, nak belanja untuk diri dia. Kalau nak belanja rumah, pun bagus jugak sebab rumah kami dah kosong. Lagi-lagi tang dapur.

Aku bagi juga sebab bila dah niat kena buat, masa jumpa time cuti raya. Jadi tinggal RM 800. Aku memang tak pasang niat nak bagi bapak aku, tapi kesian pulakkan aku tengok bapak aku. Rasa bersalah lak jadi berat sebelah. Walaupun kite memang kena sentiasa beratkan sebelah mak.

Akhirnya aku tak bagi.

Sebab aku ada plan baru. Aku keluarkan RM 200, beli kan pakaian baru untuk beraya. Dan lima tahun kami tak shopping raya. Aku belikan adik-adik aku baju ikut suka mereka. Aku belikan mak aku satu baju, dan bapak aku satu kemeja. Aku tak belikan abang aku sebab aku tahu dia boleh beli sendiri.

Tapi aku juga belikan dia makanan kat The Store bawa balik. Aku spent RM 10 untuk makanan abang aku.

Aku bajet keluar RM 200 untuk semua tu, tapi aku keluarkan lagi RM 50 untuk tambahan. Tambang bas pergi balik tu masuk dalam RM 50.

Maka tinggal RM 550. Aku pulang ke Merbok dengan jumlah wang tu. Sampai Merbok, aku keluarkan RM 150 buat belanja.

Aku tekad tak nak pinjam kawan lagi. Tak nak hutang-hutang. Kang aku mati tengah jalan, tak sempat bayar hutang, tak ke naya?

Tinggal RM 400. Aku tekad nak simpan RM 400 buat simpanan memandangkan aku tak pernah ada simpanan. Dulu ada lah, tapi habis bagi mak bapak aku, cukupkan perbelanjaan untuk pembiayaan keluarga kita orang.

Aku guna RM 100 dari RM 400 tu untuk hiburkan diri aku. Adik aku cakap aku tak layak untuk berhibur sebab duit aku masuk ke UITM pun duit pinjam orang. Aku sedih.

Tapi aku degil. Aku guna juga RM 100, keluar jumpa kawan yang aku rindu gila nak mati. RM 100 tu termasuk duit tambang pergi balik naik bas, duit wayang, duit makan minum.

Tinggal RM 300. Sekali bapak aku alami kecelakaan. Mak aku kehabisan duit. Bayar duit rumah, bil elektrik, bil air, cukai itu, cukai ini, makan minum sekeluarga. Bil elektrik dah lama tunggak. Tinggal masa kena potong. Untuk kali ke berapa hanya Allah Yang Maha Besar je tahu. Lantak kau situ.

Aku benci bapak aku sebab tak berduit. Tapi aku sayang bapak aku sebab dia sayang aku, dia besarkan aku. Aku tak boleh tengok orang yang sayangkan aku dan aku sayang derita. Aku sumbang duit. Tinggal RM 119.

Aku tekad tak nak guna. Aku nak simpan! Aku nak simpan!

Tapi kawan sekolah aku yang belajar kat matriks balik cuti. Lepas ni tak boleh selalu jumpa sebab waktu cuti tak sama. Tempat belajar lagi lah tak sama. Banyak kat selatan. Aku kat utara.

Rindu ni. Keluar jugak RM 50.

Bila balik rumah, ada baki RM 30.

Pendaftaran course dah boleh buat. Kena bagi peringatan kat budak-budak kelas. Aku gunakan RM 10 daripada baki tu beli top-up.

Tinggal RM 20 dalam dompet.

Tak nak guna! Tak nak guna!

Tapi pagi tadi mak mintak pinjam RM 10 untuk beli sarapan adik-beradik. Aku tengok abang aku tidur. Adik-adik aku tidur. Tengok atas meja makan, kosong. Dorang bangun sekejap lagi. Mesti lapar.

Fine! Nah RM 10.

Tinggal RM 10 saja.

Ya Allah, aku nak simpan buat belanja balik Merbok nanti. Izinkanlah aku. Izinkanlah.

Sekali baba masuk bilik. Mintak pinjam RM 10 nak isi minyak motor nak pergi kerja. Kerja menunggu pelanggan komputer yang tak muncul-muncul. Habis minyak motor pergi balik macam tu je.

Tapi mana tahu kali ni ada rezeki?

Baiklah, ambiklah ba RM 10 ni. Ambiklah. Semoga baba pulang dengan rezeki untuk perbelanjaan kita sekeluarga.

Aku tak nak sentuh lagi duit dalam bank. Biarlah sikit, aku tak nak sentuh.

Kalau diminta juga, biarlah aku tanggung dosa membohong.

Tak terasa pun nikmat dapat duit elaun macam orang lain.

Tak apalah. Harap-harap bermanfaat perbuatan aku ni.

Aku benci duit.

Ya Allah.

7 comments:

Ikmal Fayadh said...

bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. apa kena buat kalau nak ubah semua ni? studylah betul-betul. yeah

azureenhalim said...

duit memg kadang kadang boleh buat kita gila kan , hehe

Heidi Shafiq said...

walaupun duit tu hanya nombor je.. tp kenape kite xleh darab die? asyik tolak je.. tambah tu memang jarang la..

akmadiela said...

hye babe . aku phm pe kau rase skg .
chill babe . be tough .

Khaleeqa Idrus said...

Ikmal Fayadh,
Itulah yang aku tengah buat skrg. Alhamdulillah, I'm doing good with my study hitherto :D

Azureen Halim,
Tahu takpa. Sgt gila -.-"

Heidi Shafiq,
Hakikatnya, duit yg bertambah takkan kekal lama. Cepat surut :)

Akma,
Thanks babe. I'm trying to pull up my strength.

Anonymous said...

Khaleeqa
Mama baru jer terbaca blog ini. Mama minta maaf sekiranya Mama xdpt melaksanakan t/jwb dng baik. Terima kasih x terhingga kerana amat memahami keadaan keluarga kita.InsyaAllah mama akan cuba buat yg terbaik..kalau ada masalah bagi tau dan terus terang dgn mama. Jng simpan dan kamu luahkan di ruang ini dan semua manusia2 di luar sana tahu kepekongan keluarga.. Patutnya ia menjadi rahsia keluarga. xperlu diaibkan individu ahli keluarga di ruang ini. Tapi mama faham mungkin ini adalah tmpt utk kamu luahkan rasa yg terbuku di hati. Namun berpada2 bila bercerita. Mama syangkan kamu dan sentiasa berdoa agar kamu dirahmati Allah dan diberikan kemudahan dan kelapangan utk menjalani hidup sebagai pelajar. Mudah2an kamu menjadi orang yang berjaya dan solehah...insyaAllah.

Khaleeqa Idrus said...

Mama sayang,

bi rasa mama sendiri percaya mama dah buat yg terbaik utk famili kita. Cuma mcm mama selalu ckp, mungkin Allah belum puas lg menguji mama, menguji keimanan kita sekeluarga. Bi pun minta maaf sebab buat pos mcm ni. Kdg2 tu bi boleh thn, kdg2 tak. Walaupun bi tak dpt apa2 kepuasan dgn tulis entri mcm ni, tp bi ada rasa lega sikit. Tak sesak sgt.

Bi pun sayang mama. Sayang sangat2 :)D