KAMI nak jumpa lagi!

12 comments
Berjumpa dengan kenalan yang dikenali melalui Internet memang menyeronokkan! Lebih-lebih lagi, kalau kita dah kamceng dan ngam. Aku telah berkenalan dengan beratus kenalan Internet tetapi hanya beberapa orang saja yang baru kutemui. Kebiasaannya, jika pertemuan dirancang, aku gagal memberikan kata putus yang muktamad. Aku klisenya memberi jawapan yang tergantung, sama ada pergi atau tidak.

Jawapanku, "Eeqa cuba." "InsyaALLAH."

Yang mendorong aku untuk memberi jawapan sedemikian ialah faktor duit. Maklumlah, aku budak bawah umur maa ;) Masih di bawah penjagaan dan pemerhatian ibu bapa. Makan minum dan pakaian semua masih ditanggung ibu bapa. Jadi, kalau tak dapat kebenaran, memang payah untuk keluar.

Aku enggan bermukadimah panjang lebar. Yang aku nak beritahu, semalam 28 Disember 2009 merupakan antara hari paling bermakna dalam hidup aku! Paling bermakna. Sebab...

Aku jumpa geng Facebook!


Yang antaranya sudah lama aku kenal melalui myRakan. Kak Fatin. Abang Erol. Kak Ery. Abang Hasif. Dan dua orang kenalan baru yang aku jumpa semalam tetapi belum jadi kawan di Facebook iaitu Abang Ezad dan Abang Adly.

Aku datang seawal 11.30 pagi di Midvalley. Masa tu, semua belum datang lagi kecuali Abang Ezad. Aku perasan, ada seorang lelaki yang berbaju hitam seperti sedang menunggu seseorang. Dan dia keseorangan masa tu! Aku pandang saja dia, hati aku memang dah terdetik, "Itu mesti Abang Ezad."

Aku memang tak kenal dia lagi tapi aku tahu, akan ada seorang lelaki bernama Ezad yang akan menyertai kami. Walaupun belum pernah aku lihat gambar dia, tapi gerak hati aku mengiyakan lelaki yang berada di depan mata aku, yang matanya melilau mencari kelibat insan yang belum muncul, ialah Ezad.

Dan saat aku berpaling ke belakang, aku terdengar ada suara memanggil namaku, "Eeqa!" Aku terlihat wajah adik Kak Fatin. Aku berkata pada diriku sendiri, "Kalau itu adik Kak Fatin, Kak Fatinnya mana?"

Hahaha! Rupanya Kak Fatin kecil molek orangnya. Berjalan di sebelah adiknya. Comel sangat! Saat tu, tidak ku tunggu-tunggu lagi. Tubuh Kak Fatin kudakap penuh erat. Antara insan yang istimewa dalam hidup aku. Sungguh, aku bukan bermadah walaupun kedengaran jiwang. Aku kenal Kak Fatin sejak aku di bangku sekolah rendah lagi.

Keiinginan untuk bertemu dengan Kak Fatin memang sudah lama aku simpan dalam hati. Aku pasti, tiba suatu saat nanti, kami pasti bertemu. Dan semalam, terlaksana juga impian aku!

Apabila Kak Fatin tercari-cari Abang Ezad, aku halakan jari ku pada lelaki berbaju hitam tadi. Memang tepat tekaanku apabila Kak Fatin ketawa kecil dan mengatakan, "A'ah. Itulah Ezad." Haha Kak Fatin comel sangat!

Kami berempat kemudiannya pergi membeli tiket wayang Alvin & The Chipmunks II. Dan sementara menunggu Kak Ery yang bakal tiba pada jam 2 petang, kami ke KFC untuk mengisi perutku. Ya, perutku yang memang sudah berkeroncong sedari rumah lagi! Momen yang aku tak boleh lupa, semasa kami bertanya sesama sendiri hendak makan di mana.

"Kita nak makan kat mana?" tanya Kak Fatin dengan suara yang memikat hati lelaki se'gah' Abang Hasif. Hahaha!

Aku memandang Abang Hasif yang memang.. fuh tinggi lampai! Dia sedang memandangku. Mataku beralih ke Abang Ezad yang berdiri di sebelah Abang Hasif. Dia pun turut memandangku. Aku melihat pula Kak Fatin di sebelahku. Dia pun sedang merenungku seakan-akan menanti aku mengatakan sesuatu.

"Laaaahhh! Kenapa semua pandang Eeqa?" itulah ayat yang terpacul apabila melihat reaksi mereka.

Aku ketawa mengekek. Serasanya, aku yang paling rendah antara mereka. Dan yang pasti, aku juga yang paling gempal. Haha! Kami menikmati makan tengah hari kami di KFC. Dibelanja oleh Abang Hasif. Terima kasih, bang! Ehe.

Sementara menunggu kedatangan Kak Ery, kami bermain boling. Dan aku dengan malu-malu kambingnya memberitahu aku menjadi pemenang tempat terakhir! Ah, ingat senang nak menang tempat terakhir? HA HA! Seronok walaupun aku seorang looser masa tu. Ada aku kisah? LOL!

Seusai bermain boling, barulah Kak Ery muncul. Aku yang tak berapa gugup pada mulanya tiba-tiba terkedu. Tak kaku tapi lidah terkelu melihat kelincahan Kak Ery. Aku memang tidak sangka sama sekali Kak Ery seorang yang happy-go-lucky, ceria sangat! Dan serendah aku. Hehe. Yang tu pun aku tak sangka sebab aku sangkakan Kak Ery tinggi orangnya. Rupanya sama comel dengan aku dan Kak Fatin.

HAHAHA tak boleh blah puji diri sendiri!

Sangkaanku tentang wayang Alivin & The Chipmunks II yang bosan meleset sama sekali! Tidak bosan langsung. Sebaliknya, aku berasa terhibur dengan kecomelan Chipmunks. Walaupun aku rasa RM 12 tidak berbaloi untuk tayangan selama 1 jam 40 minit. Haha. Aku turut ketawa mendengar Abang Hasif ketawa setiap kali nama Chippettes kedengaran. Kelakar eh bang? Haha!

Kami kemudian disertai oleh Abang Erol dan Abang Adly. Berbual-bual disamping saling berkenalan di Oasis Food Court. Pertama kali kot minum kat situ? Haha. Thanks Abang Adly for the treat!






Gambar-gambar yang lain boleh dilihat di Facebook aku. Semua gambar di atas diedit oleh Abang Hasif.

Akhir sekali,

"Eeqa nak minta maaf kalau Eeqa banyak diam atau kurang mesra atau apa sekali pun. Terima kasih buat semua yang belanja makan minum. Dan bowling juga, terima kasih Abang Ezad! Ada jodoh, kita jumpa lagi!"

Sayang semuanya ♥♥♥
Jom sambut tahun baru sama-sama!

A letter to Taylor Lautner

10 comments
Dear Taylor Lautner,

I know you are currently busy with New Moon movie which seems has dropped the world a bombshell. Only me who does not care though I know you look incredibly cute and hot in the movie. Frankly speaking, I was kinda into you after watching New Moon but when I read a newspaper today morning (not really morning as I woke up at 3 p.m), the feeling of liking you suddenly fades away.

I do think you need to do something to stop it from fading completely. You know what, dear Taylor Lautner? I have just found these pictures :





Look! Look how cute both of you. Yes, you and Selene Gomez. You are superficially cute and so does Selena Gomez. Oh, come on Taylor Lautner! I seriously do not understand how can you turn to Taylor Swift? And date with her. How on earth can that possibly be?

What does Taylor Swift have that attracts you? Don't tell me because you both are Taylors. That will be pretty annoying if you do. Just because Taylor Swift always kiss you whenever she comes to you, and you are falling for her because of that? Then I would give Selena Gomez a high respect as she did not do the same thing when you both were dating. And because of her maturity in preserving her dignity as a young woman.

Taylor Lautner, you and Taylor Swift are not matching. You will realize it after you see those pictures taken by paparazzi. You both are not matching!!! Do you get it??!

Almost-fade-love,
Khaleeqa Idrus,
Kampung Telok Menegon.

Ps ; Hahaha boleh tak?

Repost : Prinsip aku senang, kalau aku tak cari pasal, orang lain tak akan cari pasal. Tapi...

14 comments
Nota : Entri ini kali pertama dipost pada 21 Disember 2009 jam 12.27 pagi. Tujuan aku repost entri ini adalah untuk peringatan kepada mereka yang sejantina dengan aku di luar sana dan juga peringatan kepada diri aku sendiri. Kita sedia maklum yang generasi sekarang semakin liar. Biarpun dicurah dengan seberapa banyak ilmu sekali pun, tetap tidak mampu membentuk akidah dan akhlak yang mulia.

Sekadar ingin mengingatkan, teman-teman lelaki kau orang tidak akan mampu melindungi kau orang sepanjang masa daripada sebarang bahaya sepertimana Allah S.W.T melindungi kau orang. Tapi sebelum meminta perlindungan daripada DIA yang Maha Mengasihi, kau orang fikirlah apa yang kau orang patut buat.

Aku tidak kata aku ni baik dan alim. Aku ada kepercayaan aku sendiri. Aku tahu yang berkuasa ke atas aku hanya DIA. Aku harap kau orang pun sedar tentang hakikat ini.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


(rujuk tajuk di atas)
itu dulu!

Dulu bila aku tidak berpengalaman mengalami situasi-situasi menjijikkan bagi mangsa dan mengghairahkan bagi pemangsa. Prinsip itulah aku jadikan jawapan apabila orang ramai bertanya bagaimana aku boleh jadi sebegitu berani berjalan berseorangan diri di tempat awam yang dipenuhi majoritinya orang asing.

Aku kadang-kadang rasa orang kita dah pupus.

Tapi lihat saja kes Nurin Jaslin. Adakah arwah cari pasal dengan orang? Dia tak cari pasal pun. Tapi orang buat pasal sampai arwah jadi arwah. Mangsa-mangsa yang masuk dada akhbar semua tu, dia orang tak cari pasal. Tapi orang yang cari pasal dengan mereka.

Aku memang tak setuju dengan prinsip aku yang dulu tu. Tahpapetah!

Satu perkara yang aku begitu yakin. Aku pasti. Tanpa sangsi. Persekitaran kita ni ialah persekitaran yang mengghairahkan. Yang mampu menegakkan batang-batang yang layu tidak kira di mana. Malah di bawah terikan matahari yang membakar pun boleh tercacak juga! Persekitaran yang mengkagumkan, bukan?

Kadang-kadang, bila lelaki kata pada kawan mereka apabila melihat kawan aku yang jalan begitu sopanlah santunnya, "Wei, adik aku dah mengganaslah," aku rasa kasihan pada kawan aku yang terkulat-kulat tidak tahu mesej yang cuba disampaikan Sang Lelaki tadi.

Mana aku tahu maksudnya? Kalau tak kerana sikap inkuiri aku yang mendalam, aku tak akan tahu adik yang dimaksudkan oleh sesetengah lelaki yang bermulut tidak berinsurans. Melalui pembacaan, aku tahu, selain adik kandung mereka yang berupakan manusia, mereka juga ada adik yang sentiasa melekap pada mereka 24 jam. Dan mengikut mereka ke mana saja mereka pergi. Tidak boleh pisahkan. Apatah lagi ditanggalkan. Kecuali melalui pembedahan.

Kan laki-laki?

Aku bukan nak riak, atau bongkak. Tapi alhamdulillah, aku bersyukur, ilmu berkenaan seks yang aku pelajari seorang diri tanpa guru (mungkin aku boleh kata Internet serba guna ini guru aku tapi lebih kepada perpustakaan sebenarnya aku rasa), aku tidak ketinggalan dan tidak rasa diri bodoh apabila lelaki mengeluarkan perkataan bombastik mereka berkenaan senjata mereka yang kebiasaannya berumput hangit.

Aku baca bacaan haram itu bukan untuk mencalarkan kesucian aku, tapi sebagai persediaan menghadapi mereka yang berhawa nafsu kuat mengalahkan bapak syaitan Jangan tanya aku basah atau tidak semasa membaca naskhah tersebut. Kali pertama, memang. Kali kedua, ya. Kali ketiga ya. Keempat, em, ya. Kelima, ya juga. Dan selanjutnya, aku baca macam baca kisah dongeng Cindarella dan Sleeping Beauty. Dan juga sebagai ilmu penjagaan tentang aku punya mahkhota. Dan juga persediaan menghadapi situasi-situasi aku tidak pernah terduga akan berlaku pada diri aku, tetapi pernah terfikir bagaimana hendak mengatasi andainya berlaku. Erk..

Situasi Pertama

Aku dan beberapa orang kawan sekolahku menghantar kawan kami yang duduk di Yayasan Selangor dengan hanya berjalan kaki. Disebabkan berjalan kaki, kami hendak tak hendak juga kena merentasi sekolah lelaki. Ya, sekolah yang semua pelajarnya lelaki. Di sebelah sekolah tersebut ada deretan kedai termasuk kedai Seven Eleven memberi khidmat servis 24 jam. Sesuai untuk mereka yang tak pernah puas. Haha! Gurau okey? Sesudah menghantar kawan kami pulang, kami singgah ke kedai Seven Eleven. Di pintu masuk kedai itu, berkerumun sekumpulan budak lelaki yang... em, tak matang.

Tatkala aku hendak memijakkan kaki aku ke kedai itu, tiba-tiba seorang budak lelaki tadi yang berbaju sekolah tegur,

"Tetek besar tak padan dengan pendek!"

Tipulah kalau aku kata aku tak tersentap. Mahu tak tersentap? Mestilah tersentap! Aku tak cari pasal, tiba-tiba ada orang cari pasal. Oh lupa bagi tahu, situasi ini berlaku ketika aku berumur 14 tahun. Aku terus masuk ke kedai dengan memadang mereka sebelah mata. Lagi sebelah mata aku dah tertancap pada mamat kacak di kaunter bayar. Uish!

Aku keluar saja dari kedai, budak-budak lelaki tadi cari pasal lagi. Kali ini mereka mengganas SEDIKIT.

"Sombong gila nak mati! Weh kau, jolok sikit dia dengan batang kita!"

Seorang kawan mereka lagi meramas-ramas senjata mereka dan melangkah dekat denganku. Masa tu, darah aku memang dah naik tahap maksimum! Aku cuba sabar, tak mahu ikutkan sangat darah muda aku. Jadi, aku melangkah membelakangkan mereka. Dan tiba-tiba..

Kawan-kawan aku jerit, "Eeqaaaa!"

Mereka jerit sebab budak-budak laki tadi mengikuti aku daripada belakang. Dan aku..

Mula berang, "Apa masalah korang ni?"

Seorang budak laki menyahut,"Banyak cakap pulak! Eh, kau jolok dia weh!"

Dengan muka yang ke'maroon-maroon'an aku mengamuk, "Eh, bangang! Aku lebih rela kena jolok dengan belalai gajah daripada batang korang yang baru sebesar dan sepanjang ibu jari. Tolong pergi mati sekarang!"

Dan seterusnya aku tak tahu apa berlaku. Jangan risau, tiada apa yang berlaku ke atas aku. Mereka kemudian dimarahi oleh seorang pakcik tua di kedai makan bersebelahan kedai Seven Elevan tadi, kata kawan-kawan akulah.

Situasi Dua

Temasya Sukan Kali Ke-"Tak Ingat" baru tamat. Aku melangkah keluar dari Stadium Sultan Sulaiman menuju ke Stesen Kereta Api Klang untuk menunggu bas awam. Tapi belum sampai lagi di KTM, sebuah bas awam sudah mengehon aku. Tanpa menunggu sesaat dua untuk membuat keputusan, aku menaiki bas tersebut. Bas masih kosong. Tidak terlalu ramai. Masih ada tempat duduk yang kosong.

Setiba di KTM Klang yang sepatutnya aku tunggu di situ tadi, beberapa penumpang mula mengisi ruang bas. Dan tempat duduk sebelahku diduduki oleh... ehem, seorang lelaki Indon. Yang botak. Dan busuk. Euwh.

Lelaki Indon tadi meletakkan tangan kanannya di kepala kerusi di hadapan kami. Setiap kali selekoh, dia menjatuhkan tangannya di atas pehaku. Kali pertama, aku anggap tidak sengaja. Kali kedua pun aku anggap mungkin dia tak sengaja. Tapi bila kali ketiga sasaran dia bukan lagi paha tapi mahkhota aku.. memang aku tak sabar langsung!

"Kau pehal, Indon? Nak ambik kesempatan pulak! Tak ada kerja ke?" suaraku bergetar oleh sebab perasan marah, geram dan takut bercampur-baur.

"Bodoh! Pergi balik negara kaulah! Datang negara orang buat tahi! Dahlah muka memang macam tahi! Ba*i!" mulut aku memang lancang, tapi hati aku bertistighfar.

Berpuluh-puluh kali aku baca ayat Qursi untuk menenangkan batin aku yang dah macam gunung berapi. Kebetulan hari tersebut ialah hari Jumaat. Apabila tiba di tempat aku turun, aku tidak pandang ke belakang lagi. Air mata merembes ke pipi, basah tudung aku dek mutiara aku yang tak terharga.

Jemaah-jemaah muda yang bermotorsikal yang baru keluar dari perkarangan masjid Ar-Rahimin Telok Menegon, semua menoleh dan merenungi aku dengan mempamerkan muka "apa kena budak ni". Seorang kawan lama abangku menegur,

"Eeqa, kenapa ni?"

Tetapi tidak ku balas. Aku pulang ke rumah. Menanti ibuku pulang. Dan menangis di hadapan ibuku sambil menceritakan insiden tersebut. Aku rasa sedikit lega dapat meluahkan perasaan sebenar aku pada ibuku. Dan aku tidak dibenarkan menaiki bas awam lagi sejak itu. Situasi ini berlaku ketika aku berumur 15 tahun.

Situasi Tiga

Aku pulang dari membeli barang keperluan di Centre Point Klang dengan menaiki bas awam. Ya, bas awam. Setelah fobia dan trauma aku terubat, aku dengan degilnya berkeras untuk ke sana ke sini menaiki pengangkutan awam. Niat aku, tidak mahu menyusahkan bapak mahupun mak aku.

Bas mini yang memang mini mula dipenuhi penumpang. Penuh. Padat. Macam tin sardin, orang selalu kata. Aku terpaksa berdiri di tepi tingkap. Tubuhkan ditolak-tolak dan disiku-siku orang. Aku tak bengang sebab aku mengerti. Memang begini selalunya.

Tapi aku bengang apabila seorang lelaki yang berdiri di belakang aku tiba-tiba stim tak tentu pasal. Disebabkan dia tinggi, dan tinggi aku paras perutnya, benda alah dia tu mencucuk-cucuk belakang badan aku. Bagaimana aku tahu? Sebab dia menolak-nolak aku ke tingkap. Dan mendesah. Dahlah tangan berbulu lebat. Bawah entah-entah macam hutan rimba.

Dan tatkala itu, bengangku memang tahap tidak terkawal. Lalu aku pusing, dan ku tolak badannya sekuat hatiku sehingga dia dan penumpang-penumpang di belakang dia hilang kawalan lalu jatuh. Hati aku ketawa dan mengejek "Padan muka!"

Tetapi mulutku marah, "Jangan buat tahi boleh tak?"

Dussshuuum! Aku menyepak kakinya macam sepak bola. Kalah Syed Adney. Dan Lampard kacak.

Aku akhirnya disuruh turun bas kerana buat kecoh. Memang tak adil. Sepatutnya mamat karat tuh yang patut turun. Tapi tak apa. Aku lebih rela turun daripada merosakkan pandangan mata aku melihat lelaki tadi.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Darah muda memang begitu, harap maklum. Semasa Zaman Syaitan aku, memang aku kuat mencarut. Panas baran. Mudah naik angin. Tapi kematangan aku meningkat mengikut peredaran masa. Dan teladan yang aku perolehi melalui pengalaman aku sendiri.

Aku dulu dan sekarang lain.

Bukan niat untuk riak tetapi bagaimana orang yang sakit telinga dengar aku mencarut dulu, begitulah rasa sakitnya aku rasa bila dengar orang lain mencarut. Oleh sebab tersedar dari kesilapan kelancangan mulut dahulu, aku belajar untuk mengatasi sikap panas baran aku. Tak mustahil. Kalau aku boleh, orang lain pun boleh. Kan?

Yang penting, perempuan-perempuan, jagalah diri kau orang di mana kau orang berada.

Avatar is worth to be watched.

16 comments
Watching movie in cinema would be fun only if the movie is interesting and owns all that attractive criteria. Yesterday, my family and I went to Jaya Jusco (JJ) Bukit Raja to watch Avatar movie. I know there is Avatar cartoon series though I never watch it even for once.

So yeah, I thought I would croon while abstractedly watching the movie yesterday. But I didn't. I gazed at the screen and listened to each word all the characters said and got amazed in the end instead.


The movie was awesome, man!

I wish I could fly to Pandora now. I feel like I want to master the language of Pandora aborigines. The view of Pandora at night is picturesque. The Float Mountains, the Ikran (sort of flying dinosaurs), the Toruck Macto and the animals in Pandora are all creative creatures of the director as well as the graphic designers. I was incredibly flabbergasted last night. The proof is, I got goosebump, man! Walawe.


As Didie says in her blog too, it is a must-watch movie.

When Jake Sully (the main character) finally falls in love with Neytiri (the so-called heroine), it shows that love conquers the world, you know? I wonder, would the movie not be as interesting as it is now if there is no love significance in there? I mean the love between male and female not the love between human and nature. Hahaha whatever!


Some say that the avatar of Jake Sully is hot. But I think Jake Sully himself is hot! Guys,i t’s a common comment of female-watchers. You should have known that. Haha!

Make sure you don't miss the movie, readers. It's not just worth to be watched, but also pleasurable.

You're such a wanted sister, do you know that? -.-"

17 comments
You know what, my younger sister, Qaisara is the one I talk with the most every day. Teasing and quarreling with one another have been our habitual activities. Who else can I fight with without saying sorry? The conversations we had since she learnt to speak are countless. Nonetheless, there was one that I could never forget, never ever.

Qaisara : Kak, I want a boyfriend.

Khaleeqa : Come on, you don’t need one, I bet.

Qaisara : How do you feel about being single? Don’t you feel lonely?

Khaleeqa : Na’ah. Not at all.

Qaisara : Why don’t you couple with N? He’s handsome, puckish, cool, and stylish. I would approve your relationship with him.

Khaleeqa : I don’t need your approval, excuse me? He doesn’t like me, enough say.

Qaisara : But I really hope you would marry him. I want him to be my brother-in-law!

Khaleeqa : What’s wrong with you? Why do you suddenly talk about N? And what makes you adore him that much?

Qaisara : Adore? No-lah. I hope you both would be husband and wife one day.

Khaleeqa : But why?

Qaisara : After you die, I can then replace you and be he his wife. *guffaw*

-_-"

Those who live in glass houses should not throw stone.

11 comments
I have been eschewing my friends since the killing examination started to abating my spirit in studies. I thought that I would get weaker if I kept joining them who never fatigued of gossiping and abetting each other in accumulating rubbish to be discussed during their free time. I doubt they have ever been busy or lack of time for themselves.

One thing that I realize about all-girls high school is, boys’ stuffs are the topic they discuss the most. I got to admit that I myself did the same thing before I realized that talking about boys who never ever paid an attention to you, was awfully annoying and such a waste. I rather talk about guys without specifying them because usually I only praise their handsomeness but none of those good-looking guys have successfully stolen my heart nor attached to my soul.

From the bottom of my heart, I do actually miss my girlfriends. Oh by the way, for your information, I was a student of all-girl school since I was seven. I have only a number of male-friends. And I never moan about it. Because you know why, it’s pretty much safer to have male-friends only from Internet. Those who have all-cleaned heart, you will know which of your net-friends are true friend or fake one.


The ones I miss the most
Nur Azimah, Siti Nur Sakinah, Nor Khairiyah


One more confession: I did actually not really enjoy my school time when I was in form five (Just so you know, I’ve graduated from high school since SPM ended). My friends from form 4 and I were separated on the early of 2009. To be exact, I was actually placed in the lowest science-class. Okay, I have had enough says about being abated to lower class but those who are still new with my site, click here to know what I am actually telling about.

On 2008 which is last year, there were only 12 Malay students in 4 Dedikasi, including me, for sure. We were like siblings. We would go everywhere together, to canteen, laboratories, libraries and etc. Only Ajeerah and Afiqah were always missing when we gathered because they were prefects and used to be very busy with their duties. Even though we once happened to feel uneasy about someone among us, but we solved it by having a heart-to-heart session. The problem then solved and we were back to be so closed. The love that tied us was supremely strong. I guess if we were from the same flesh and blood, the blood that running in our nerves would surely be thicker than water.

As a president of Pendidikan Islam class, I was responsible in making sure that other Malay girls were doing well in all aspects. The biggest mistake I did was, did not join them in studying hard and achieving top number in class to be placed in top class for Form Five. I am kind of abashed to think of my own self who was a President who then was placed in the lowest class after failed in the battlefield of love. Silly.


Cut! We were'nt laughing but we were actually shrieking. Fun!
From left : Nur Azimah, Siti Nur Sakinah, Me, Nur Amalina.


As for this year, I was not closed to the classmates. I could not get along with some of them who liked to talk bad things and bitching about other people. Bitching is not my aboriginal habit. Not to boast, but my 4 Dedikasi friends did not talk bad things like this year friends did. To be frank, we did but then we told the person we talked about and apologized for doing so.

Nonetheless, this year friend did it boisterously as if they wanted to embarrass the Malay race. I could not see the sincerity in their friendship. Luckily in this year class, there was a group of Malays (Just so you know, school students are now being so racists without our Prime Minister knowing as he has left his school for ages) who did not talk bad things nor bitching about other. I felt easy being around them.

I myself not that Almighty to judge people the way I like though expressing my feelings and thought out is my right, but I just want to know the point of gossiping and bitching that stuck the Malays from self development.



Candid class photo (2008)
The best thing about 4 Dedikasi is, laughter was the language of ours.



Sorry for annoying you with this long-post. I just miss my friends.

Jaga-jaga, anda mungkin mangsanya.

3 comments
Aku lawat blog Andy tadi, dan terasa nak buat tag ini. Jadi, aku buatlah! Macam menarik je. Kau, kau, kau, siap sedia! Aku rindu nak tag orang! Mungkin kau mangsa tag ini, HA HA HA!

1. Bekas kekasih saya adalah:
Seorang lelaki yang berjaya menghancurlumatkan hati saya.

2. Saya sedang mendengar:
Lagu Pergi nyanyian Aizat. The greatest song ever, you should listen to it!

3. Mungkin saya patut:
Pergi mandi sekarang. Saya tak mandi lagi sedari pagi.

4. Saya suka:
Berangan bercumbuan dengan Fared (saya sendiri tak tahu siapa dia -.-")

5. Sahabat-sahabat baik saya:
Semua diam dan membawa diri entah ke mana. Kalau saya tak hubungi mereka, jangan haraplah mereka akan hubungi saya. Sedih!

6. Saya tak paham:
Kenapa remaja-remaja tetap nak buat seks walaupun mereka dah belajar kat sekolah yang seks itu haram tanpa perhubungan yang sah.

7. Saya kehilangan:
Deria bau. Hidung saya penuh dengan hingus sejak minggu lepas.

8. Ramai yang berkata:
Khaleeqa dah gemuk! Bukan kerana bahagia. Kerana makan itu hobinya.

9. Makna nama saya:
Bersopan santun. Okay, saya tahu jauh menyimpang dengan personaliti saya sebenar. Duhh -.-"

10. Cinta itu adalah:
Sesuatu yang buat orang jadi Bodoh. Dan menyerabutkan hari-hari walaupun manis.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Tersenyum sendirian sambil mendengar lagu Yang Sebenarnya nyanyian Yuna. Tolonglah! Kau budak bawah umur lagi. Pergi belajar! (Eceh, pandai mengata orang :P)

12. Saya akan cuba:
Menulis novel malam ini. Ilham berlambakan dalam benak. Tinggal nak ditaipkan sahaja.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Abadi.

14. Telefon bimbit saya:
Nyawa-nyawa ikan sekarang. Dah lama tak cas baterinya. Aku tidak peduli sudah. Lantaklah kau situ, telefon bimbit.

15. Bila saya terjaga dari tidur:
Saya terus pergi makan. Buruk perangaikan? :")

16. Saya paling meluat apabila:
Perempuan bertudung bergesel-gesel dengan pakwe sedangkan pakwe die mengkayukan diri di hadapan orang-orang tua. Memantat namanya tu, orang Melaka cakap.

17. Pesta/Parti adalah:
Hiburan sementara.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Arnab. Di Midvalley kalau tak salah. Saya allergic dengan haiwan yang berbulu, tolong.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Remajalah! Lagi-lagi, semasa aku berumur 16 tahun, tahun lepas. Dapat pakwe. Tapi paling seronok masa berumur 14 tahun. Zaman kurus aku. Sekarang.. ahh!

20. Hari ini:
Saya akan ikut baba jemput mama dari tempat kerja. Dah lama tak naik kereta. Asyik duduk memerap kat rumah je, busuk!

21. Malam ini saya akan:
Menulis! Mengarang dan berangan.

22. Esok pula saya akan:
Belum fikir lagi. Ada idea?

23. Saya betul-betul ingin:
Mandi sekarang! Paaaaanassssss!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
"Eh, tembamnya pipi! Tambah lemak lagi ni, cis!"

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pusat Membeli-belah. Dua-dua tak sebenarnya.

26. Makanan Barat atau Jepun :
Barat, Jepun hanyir lah makanannya! Tiada maaf bagi yang marah dengan statement tadi.

27. Bilik yang terang atau gelap:
Terang. Aku suka membaca. Mana nampak dalam gelap!

28. Makanan segera adalah:
Sedap walaupun tak berkhasiat!

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"Amzar, mainlah Scrabble dengan akak, eh?"

30.Siapa yang anda mahu Tag?
Kak Ery , Mitsuo , Adik Marker Hitam , Kak Huda , Bro Muiz (saja bagi idea utk bro mengemaskini blog bro heh) dan mereka yang berminat.

Tiada paksaan. Sekadar mewujudkan kemesraan antara teman-teman bloggers. Aktiviti mentag orang ni menghubungkan aku dengan teman-teman blogger yang lain. Aku suka. Suka sangat! :)

Aku sungguh tak rindu sekolah, tapi...

6 comments
"Aku rindukan musim semasa berlangsungnya peperiksaan maut itu!"

Mahu tak rindu? Banyak sungguh perubahan yang buat hati aku tersentuh. Terselit juga rasa ralat di celah-celah tangkai hati aku ni abila aku berlagak seolah-olah tidak terusik dengan perubahan tersebut. Padahal hati aku dah cair, secair-cairnyalah!

Insan-insan di sekeliling aku dah mereka di siber turut memainkan peranan dalam merangsang aku untuk teruskan juga usaha aku hingga ke landasan penamat walaupun aku sebenarnya dikira looser kerana mula lambat.

Perubahan-perubahan yang dimaksudkan :

1. Keprihatinan setiap ahli keluargaku

Aku ni anak perempuan yang pertama. Mereka yang sama dengan aku faham situasi aku. Tekanan menjadi anak kedua dan anak perempuan pertama membuatkan aku nampak kasar, tidak berperasaan dan menyampah. Aku memang selalu terasa dengan percakapan dan perbuatan ahli-ahli keluargaku yang lain. Tapi aku jenis yang malas nak ambil hati lama-lama. Aku mudah lupa. Aku suka lupakan rasa kecil hati aku tu tanpa terubat.


Aku tahu abang aku sayang aku walaupun dia tak pernah beritahu


Tapi semasa berlangsungnya Peperiksaan Maut (PM) tu, aku dapat rasakan yang mereka masih mengambil berat tentang aku. Terutama abang aku! Pergh, sungguh aku sayang abang aku tahap babeng punya! Dua hari sebelum PM bermula, aku dan abang aku sajalah selak-selak buku. Tengok mana yang boleh disumbat lagi dalam benak aku ni. Bila tiba waktu untuk tidur, abang siap tolong sediakan peralatan menulis lagi! Pemadam, pembaris, pensel, pen dan semuanyalah!

Aku ingatkan dia setakat tolong dari segi perkongsian ilmu, tapi kelengkapan menghadapi peperiksaan semuanya dia sediakan. Fuh, aku terkedu masa tu. Saat yang akan selalu tersemat dalam benak aku sampai bila-bila.



2. Kasih sayang seorang ayah

Ayah. Anak-anak biasanya kurang rapat dengan ayah. Sebaliknya, kalau ada apa-apa yang dingini, diminta melalui ibu. Dan ibu akan sampaikan kepada ayah. Itu adat kita, orang Timur. Tapi sejak Barat memerintah kita, adat-adat kita lesap! Ayah dan anak bagaikan kawan karib. Bertumbukan dan bersepakan seolah-olah tiada batasan. Sungguh, aku tak berkenan! Hubungan aku dan ayah aku masih lagi berbudayakan adat lama.

Satu ketika itu, malam sebelum menjawab Kertas Matematik, aku gagal mencari pembaris bengkang-bengkuk (curve ruler). Aku jenis yang kalau dah cari sampai ketiak basah tapi tak jumpa, lantaklah situ. Tapi hati aku tiba-tiba jadi sayu apabila bapa aku turut turun padang mencari pembaris tersebut. Aku rasa, mak aku pun terkejut. Sebab bapa aku biasanya kurang gemar bab cari-mencari ni. Semua nak terhidang depan mata je. Jadi, malam tu memang memberitahu aku bahawa walaupun bapa aku kadang-kadang percakapannya seolah-olah merendah-rendahkan aku, tapi di lubuk hatinya yang dalam tu masih tersimpan kasihnya padaku.

Oh, aku terharuuuu!

3. Waktu bangun aku

Alahai, aku ni bukan orang yang selalu bangun pagi. Paling awal bangun pun pukul 10. Klisenya aku bangun bila matahari dah terpacak atas kepala atau pun hampir-hampir nak terbenam balik. Heh! Jadi tak perlulah kau orang tertanya-tanya apa fasal badan aku macam gorilla, okey? Haha!

Tapi sebulan sebelum PM berlangsung dan semasa PM berlangsung, aku secara automatiknya terbangun awal pagi. Paling awal aku bangun adalah pukul 6 pagi. Paling lewat pukul 8.30. pagi Dan aku tak tidur siang langsung! Tak macam yang aku selalu buat. Biasanya, pukul 2 petang atau 3 petang atau 4 petang, tak kira di mana, aku pasti tidur. Tapi.. fuhh! Aku memang rindulah ketika-ketika itu. Aku rasa masa tu aku seorang yang aktif, rajin, kuat semangat, berjiwa kental dan hebat!

Tak, tak. Bukan nak riak. Tapi berbanding dengan aku yang sebelum ni, sangat berbeza! Perubahan-perubahan ni beri impak yang besar terhadap emosi aku.

Tapi satu je perubahan yang buat aku berang. Berat aku bertambah! Cis! -.-"

Awe-awe Kelate come-come wehhh!

21 comments
Tarik nafas sekejap. Huuuuppphhh! Phhuuuuhhhhhhh! (hembus sudah) :kenyit mata:

Aku sudah kembali! Biarpun aku tak pasti: ada orang peduli atau tidak, yang aku kisah hanyalah rasa rinduku terhadap blog sendiri kini terubat jua. Maklumlah, sebelum ni kebiasaannya, aku selalu poyo-poyo je. Konon kata nak away, tapi tak sampai sehari, dua-tiga posts aku buat.

Tapi sebulan lebih yang lepas, aku betul-betul away. Maksud aku, away dari blog aku SAHAJA. Blog kawan-kawan lain masih aku lawati. Dan ada juga aku tinggalkan komen, yang mana sempat sajalah. Punyalah terseksa batin aku, yang menjerit-jerit rindukan nak menulis, aku tahan juga. Semuanya kerana SPM.

A'ah, Sijil Panggilan Maut yang kau orang sebut-sebut tuh.

Makan tidur punya makan tidur, aku dah merdeka da sekarang weyh! Nak kata macam tak percaya, mengada-ngadalah pulak kan? Sebelum SPM sibuk nak merdeka, bila dah merdeka, kata tak percaya pula. Gedik gedak geduk tuih! Apapun, lembaran baru buat aku, dan teman-teman sebaya di seluruh Malaysia kini sudah terbuka tirainya.

Tu pehal pulak aku cakap loghat kelantan kat tajuk tu weh? Tu ah citernye! Habis je jawab Kertas Kimia 3, zuuuppp! Aku balik rumah, mandi, tukar baju, kemudian gerak sekeluarga ke Stesen Komuter Klang. Bapak dan mak aku yang memang hatinya baik, suci, dan bersih membawa aku dan adik-beradik Ke Kelantan.

Mula-mula, semasa masih dalam perancangan, hati aku terdetik, "Hak ala, apa ada kat Kelantan?". Ye lah, kalau cerita bab keistimewaan sesebuah negeri, biasanya orang selalu cakap pasal negeri Kedah, Melaka, Johor. Jarang orang cakap pasal negeri Kelantan. Pasal Kelantan yang aku tahu, budunya lah!

Tapi pertanyaanku terjawab tatkala aku menjejakkan kaki ke Stesen Komuter Wakaf Bharu.

PERRRGGHHH!


Fuuuhhh!

Merata beb mamat-mamat handsome!

Memang tempat mencuci mata yang kelas punya! Aku yang demam dan semput masa tu, gara-gara duduk dalam kereta api untk perjalanan selama 14 jam, yang tahap sejuk taklah sejuk sangat (sebenarnya) tapi bertambah sejuk disebabkan rasa gemuruh dalam sanubari aku ni, bertambah-tambah semput!

Lemas! Aku dibanjiri pencuci-pencuci mata yang, mak aihhh. Aku sumpah, memang tak terkata! Oh ya sebelum tu, aku nak gatal apa ada hal kan? Nama pun single kan? Masa nilah nak syok ngan yang tu, yang ni, yang sana tu, haih. Itulah yang istimewanya orang single ni. Kan?

:kenyit mata:

Kat kelantan, aku dan keluarga menginap di rumah tumpangan kat Wakaf Che Yeh. Ala, tempat yang orang berumpun-rumpun datang untuk shopping tu! Mak bapak aku tak habus-habis terima SMS dari saudara-mara dan sahabat handai yang bukan ucap selamat bercuti, sebaliknya dia orang ucap "Selamat bershopping". Hahaha makluman eh, kita orang datang kelantan bukan untuk shopping. Tapi nak berehat sambil mengimbau kembali nostalgia bapak aku masa dia kecik-kecik dulu. Sebab bapak aku dulu duk kat Tumpat. Itu pehal lah dia yang paling excited sepanjang trip ni!

Demam aku berlarutan sehingga hari kedua kami di sana. Hingus meleleh je! Dada pula nampak macam aku mendada sebab dada rasa sempit. Susah nak bernafas! Rumah yang kami menginap tu pula, yang jenis pasang air-con 24 jam! Sejuk. Kalau tak pasang air-con pun, sejuk juga. Angin laut, bapak aku kata.

"Sungguh, aku bukan jenis yang suka sangat membeli-belah ni. Sekadar melihat berpuluh-puluh laki yang putih kemerah-merahan, berlesung pipit, berkening tebal, bermata redup dan bersinar, senyuman yang tangkap leleh, tegap, tinggi dan WANGI, sudah cukup membuatkan percuitan aku bermakna dan menyeronokkan, malah mengghairahkan, sungguh weh!"

Aku akan cuba untuk kerap ke sana. Mungkin jodoh aku di sana, siapa tahu? Dan yang aku suka, lelaki di sana tidak terlalu menunjuk-nunjuk atau bahasa kasarnya, poyo-poyo dengan gaya dia orang. Mereka sangat simple. Dan yang penting...

senyuman mereka manis sekali! Heh! :)


Gambar-gambar lain sila lihat di Facebook aku.



Ps ; Aku cuba ubah suai blog aku, tapi hati aku inginkan yang sama. Jadi ia kekal. Cuma gambar latar aku padam, sebaliknya biarkan ia kosong. Aku suka keterangan blog ni. Kau orang rasa? Okey? Atau apa? No worry, I'm open-minded!