Jangan risau. Aku masih lagi bujang. Belum mempunyai teman lelaki, apatah lagi seorang suami. Dia yang aku maksudkan ialah laki yang aku kasihi, bukan secara pendam di hati, sebaliknya terlalu berterus-terang hingga membuatkan dia ingin lari.
Seriously.
Nota: Aku memang sengaja tulis satu perenggan, tidak buat 'point-point' sebab tak nak korang baca tapi rasa nak tulis. Itu sahaja. Padan muka.
Jujurnya, aku ingat semua detik spontan bersama dia.
Detik aku mengetahui namanya. Detik aku malu-malu menghulurkan salam perkenalan melalui rakanku dengan memberinya sebiji gula-gula strawberi, detik aku terserempak dengan dia hingga aku terkaku tetapi lambat-lambat tersenyum dan membuat simbol ‘peace’, detik aku tiada pilihan lain tetapi terpaksa melintasi kaunternya yang mana aku sangka aku akan tertunduk malu tetapi sebaliknya cepat-cepat aku menoleh dan buat simbol ‘peace’ kemudian terus pandang ke hadapan hingga membuatkan dia terketawa, detik dia dan rakan-rakannya membantu aku dan rakan-rakanku membungkus barang untuk tetamu bila mana aku daripada riuh berbual dengan rakan-rakanku tiba-tiba terdiam seribu bahasa dengan kehadiran dia di situ, detik aku mencuri pandang ke arahnya ketika dia sedang bergurau-senda dengan sahabat handainya, detik dia melawat kaunterku bersama rakan-rakannya bila mana aku teringin benar menghabiskan kerjaku seepat mungkin agar aku dapat berbual dengan dia dan membuatkan dia tinggal di situ lebih lama kerna aku yakin dia akan pergi kerana rasa mengganggu, detik dia duduk di kerusi di kaunterku dan aku dengan sengaja berdiri di belakangnya tanpa pengetahuannya dan aku jatuh hati dengan rambutnya, detik dia menggigit kulit kuku dan aku menyuruhnya berhenti yang mana dituruti pertanyaan ‘Kenapa’ beberapa kali sehingga aku kebuntuan jawapan dan akhirnya tersenyum, detik dia tanya kenapa aku tidak online Facebook dan aku kata hampir setiap hari aku online tetapi menggunakan phone, detik aku kata ‘Jom malam ni?’ dan dia tanya ‘Apa?’ dan aku kata ‘Chat Facebook’ dan dia tersengih dan aku merasakan senyuman itu comel nauzubillah, detik dia mengajak aku ‘webcam’ dan aku tolak dengan alasan malas untuk memakai tudung di rumah, detik aku berasa hairan kenapa dia memandang kasutku yang akhirnya membuatkan aku memburaikan tawa apabila dia bertanya ‘Kenapa pakai kasut nak masuk hutan’ – pertanyaan yang tidak pernah aku duga sama sekali, detik aku turun ke ruang legar staff dan mendapati dia di situ mengutip telefon bimbitnya dari pegawai keselamatan yang mana membuatkan aku teruja, detik aku teringin menegurnya tetapi perasaan segan mengatasi namun akhirnya dia menegur terlebih dahulu dan aku malam itu aku terlena dengan senyuman di bibir, detik aku menandatangani buku kehadiran staff dan apabila aku menoleh dia sedang berdiri dekat di sebelahku sambil menundukkan tubuhnya hampir 90 darjah untuk separas denganku yang jauh lebih rendah darinya, detik dia kata ‘Tuliskanlah sekali untuk orang’ dan aku dengan cuak balas ‘Tahu, tahu. Eh mana nama dia?’ dan dia tunjuk nama dia di buku dengan jari telunjuknya yang mana aku tidak pandang nama itu sebaliknya aku memandang jarinya dan apabila aku kembali memandang buku itu, aku kembali tercari-cari namanya dan setelah jumpa aku kata ‘Tulisan kerempeng macam orangnya’, detik aku bertembung dengan dia dan kawan perempuannya yang aku sangka kekasihnya atau teman rapatnya bila mana aku cepat-cepat padamkan rasa cemburu dengan kesedaran ‘perempuan itu mengenalinya lebih lama daripada aku mengenalinya’, detik aku ke hulur ke hilir dengan kawan lakiku yang mempunyai nama sama dengan dia dan kawan lakiku berhenti sebentar untuk bertegur sapa dengan dia dan aku titipkan doa dalam hati agar kawanku berbual lebih lama dengan dia supaya aku dapat memandangnya, detik aku mengetahui ejaan nama sebenarnya semasa supervisor cashier datang mengisi borang refund dan nama cashier yang ditulis ialah nama dia, detik dia menari mengikut rentak lagu tanpa menyedari aku memandangnya dari jauh, detik dia memberi kawannya ‘jari tengah’ dituruti carutan lalu tergelak terbahak-bahak bersama kawannya hingga turut membuatkan aku yang memandang dari jauh tergelak, detik aku dan staff-staff lain mula bekerja di tempat baru dan dia cuti pada hari pertama kami di sana tetapi dialah orang pertama aku nampak kerana motor ayahku dan motornya bertembung dan kala itu dia baru lepas ketawa kerana senyuman lebar masih melekat di bibirnya dan dia memakai T-shirt kasual biru muda, detik dia dan rakan-rakannya membantu aku dan staff lain membungkus barang lagi di tempat baru dan dia mengambil satu coklat dan aku mengikuti pergerakan tangan dia yang dengan selamba membuka bungkusan coklat itu dan menyua ke mulutnya, aku tahu aku patut halang tetapi aku kalah dengan pandangan mata dan rambutnya yang masih basah kala itu lalu kudiamkan saja, detik dia mencangkung di hadapanku yang sedang berusaha membuka bungkusan kotak dan dia tegur dengan suara garau tapi lembutnya “Hai” dan aku tergamam sebelum tersenyum, detik dia berdiri di hadapanku dan paras kepalaku di dadanya dan aku kata pada diri sendiri “Tarik nafas dalam-dalam, Lekha! Ahh, segarnya bau dia” dan tersenyum pada kata hati sendiri, detik kawan perempuannya yang sebaya dengannya menyalamku dan dia tersenyum sebelum berkata pada kawan lakinya ‘Aku boleh salam kau je, Cap’, detik aku baru tiba di tempat kerja dan terdengar namanya diumum untuk ke cashier room kerana dia perlu buka kaunter dan aku cepat-cepat doa dalam hati agar dia dapat kaunter yang dekat denganku agar aku dapat memandangnya dan terasa Allah memakbulkan doaku kerana dia memang dapat kaunter hampir dengan kaunterku walaupun jaraknya menghalang aku untuk mendengar butir bicaranya dan kaunternya membelakangi kaunterku, detik kami bertembung di lorong menuju ke tandas dan dia tegur ‘Hai’ dan aku benar-benar terkedu tetapi menyeru dalam hati ‘Awak jangan jalan dekat sangat dengan saya sebab saya takut saya tak boleh kawal nanti saya terus cium awak dan awak akan terus benci saya sebab berperangai macam budak-budak’, detik hebohnya kebenaran aku menyayanginya bila mana dia sedang bersandar sambil memeluk tubuh di tiang kaunterku dan kawannya beritahu, “Ada orang tu sayang kau” dan aku sekadar memandang kawannya dengan renungan tajam tanpa menafikan tetapi melalui ekor mataku, aku tahu, dia sedang tersenyum, detik aku diberitahu oleh kawannya yang hari tersebut hari terakhir mereka semua bekerja di situ kerana tamatnya kontrak dan aku terus berasa sayu, duit belanjaku pada hari itu aku gunakan untuk belikan dia coklat tanda peringatan yang mana aku ingin berikan sendiri tetapi malam itu aku gagal mencarinya dan terpaksa meminta tolong sahabat baik dia berikan, detik aku mengucapkan ‘bye’ berserta nama setiap kawan-kawannya dan apabila tiba giliran dia, suara tersekat di kerongkong dan angin ‘gedik’ menyapa membuatkan aku tersengih tak ingat dunia, detik dia datang semula keesokannya untuk memulangkan baju kerja dan kami bertembung di ruang legar staff dan dia tegur “Sombongnya” yang mana dibalas, “Eh dia yang sombong”, detik dia mengunjungi tempat kerja pada hari terakhir aku di situ, detik aku menunggu mesej daripadanya setelah aku tinggalkan nombor telefonku di coklat yang aku beri tetapi hampa, detik aku sedang memikirkannya dan dia tiba-tiba lalu di hadapan kedaiku bersama kawannya hingga membuatkan aku gagal membezakan reliaiti dengan ilusi, detik aku ingin lari daripada dengan melalui laluan lain untuk ke tandas tetapi rupa-rupanya dia turut berada di laluan lain itu dan sebelum sempat aku patah balik, kawannya telah membuat simbol ‘peace’, detik aku sedang mengucapkan ‘bye’ kepada pelanggan kecilku yang comel di muka pintu kedai kemudian dia lalu tanpa menyedari kehadiranku di situ, detik dia dari Bistro ke ATM di sebelah kedaiku dan kami berbalas senyuman dan simbol ‘peace’, dan dua hari lepas, detik aku menyedari keberadaan dia di Bistro di kala hujan lebat waktu petang dan aku terpaksa ke Bistro untuk membeli minuman yang ditempah, tetapi aku tidak memandangnya kerana aku takut terluka jika lambaian dan senyumanku tidak berbalas di hadapan kawan-kawannya sedangkn kala itu aku perlukan mood yang baik untuk meneruskan kerja ‘naik barang’.
Dan detik-detik aku tidak mahu menoleh ke arahnya tetapi gagal mengawal perasaan dan akhirnya aku toleh juga dan dia mengenyit mata padaku.
Bukan kalah dengan perasaan sendiri, tetapi lebih kepada tidak mahu membazirkan peluang melihatnya kerana siapa tahu, salah seorang daripada kami pergi dulu. Aku hargai setiap detik adanya dia di hadapanku, di sisiku, di sekelilingku, di persikataran yang sama denganku.

2 SEBAB UTAMA AKU SUKA DIA
1) Dia menjaga maruahku
Bukan aku tak kenal kawan-kawan rapat dia. Malah kawan-kawan dia juga ialah kawan-kawanku. Tetapi dia tidak beritahu siapa-siapa pun tentang pengakuan jujurku padanya betapa aku menyukainya. Macam mana aku tahu? Aku tanya kawan-kawan dia sekiranya dia ada kata apa-apa tentangku dan kawan-kawannya sendiri terkejut mengetahui aku telah berbuat demikian. Aku yang membuka pekung di dada. Aku yang tak reti menjaga maruah diri.
2) Dia menjaga perhubungannya dengan yang lebih layak menerimanya
Jujurnya, hampir semua mesejku yang mengandungi perkataan ‘sayang’ atau ‘rindu’ tidak dibalasnya. Katalah aku tak tahu malu, muka tembok dan sebagainya. Memang kalau tiba-tiba teringatkan dia semasa sedang mendengar sesebuah lagu, aku akan hantar mesej seperti ‘Sayang, orang tengah dengar lagu Baik-baik Sayang. Teringat dekat dia.’ Dan kalau aku sedang buat kerja, tiba-tiba rasa terlalu penat dan harap betapa aku dapat luangkan masa kerjaku dengan dia, rasa rindu untuk lihat dia – tak perlu tegur, tak perlu senym, cukup melihat keberadaan dia – aku akan hantar mesej beritahu yang aku rindu dia.
Tipulah kalau aku tak terasa bila tidak balas pada mulanya. Tetapi aku fikir begini, dia sudah berpunya. Ada sebab kenapa dia buat begitu.
1) Dia ingin menjaga hati teman wanitanya – seorang yang setia.
2) Dia ingin mengingatkan aku yang dia sudah berpunya.
Ciri-ciri lelaki sebegini cukup untuk membuai perasaan yang sedia ada. Aku insan ketiga mendoakan agar dia dan adindanya bahagia selamanya. Amin.